Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Tips Menabung Dan Pengurusan Kewangan

by Amirul Fikry
March 29, 2020
60
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai dikalangan kita yang kurang peka untuk menyimpan. Tambahan lagi bagi mereka yang gemar berbelanja, berbagai alasan diberikan, gaji kecil, banyak hutang yang perlu diselesaikan dan macam-macam lagi.

Disini kami kongsikan tips agar kita dapat menyimpan atau menabung untuk masa depan yang lebih baik.

Jangan berbelanja terlalu banyak di pasaraya

Sewaktu perut merasa lapar, jangan sesekali terus ke kedai kerana ada kecenderungan  meningkatkan nafsu membeli dan membeli barang yang tidak diperlukan, ini akan membuatkan kita akan berbelanja secara berlebihan. Berbelanja sekurang-kurangnya sebulan sekali sahaja bagi memenuhi barang-barang yang kehabisan stok. Ingat satu perkara, beri keutamaan kepada keperluan bukan kehendak

Memasak Sendiri Di Rumah

Kos untuk makan di luar bersama keluarga atau membungkus makanan dari luar memerlukan kos yang tinggi dan ini akan menjejaskan wang simpanan.

Sekiranya masak sendiri di rumah, kos yang digunakan lebih minimal dan kita dapat mengawal barang masak yang perlu dibeli dan juga dapat mengawal diet.

Tidak Menggunakan Kad Kedit Dengan Kerap

Walaupun kad kredit sebenarnya sangat membantu, namun kita jangan terlalu bergantung kepadanya! Penggunaan meluas untuk menggantikan wang akan membuatkan kita tidak sedar berapa banyak wang yang telah digunakan.

Simpan kad kredit dan amalkan membeli barang keperluan secara tunai supaya kita dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih baik.

Pastikan Kita Menyimpan Pada Setiap Hari

Sebelum berbelanja adalah lebih baik kita periksa dahulu sekiranya ada jualan murah atau harga promosi yang dijalankan agar kita dapat berbelanja dengan harga yang lebih jimat. Wang lebihan kita boleh jadikan sebagai simpanan.

Senaraikan Perbelanjaan Kewangan

Utusanborneo

Letakkan satu tabiat sentiasa menyenaraikan perbelanjaan dan apa jua keperluan seperti perbelanjaan harian, bil utiliti, hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah, insuran dan hutang bulanan lain yang perlu diselesaikan agar kita tahu kemana wang kita disalurkan dan ini juga akan dapat mengawal untuk perkara yang tidak perlu. Dengan ini, kita dapat mengira baki wang dan selebihnya boleh  dijadikan sebagai simpanan atau tabungan.

Apabila keluar untuk membeli barangan keperluan, pastikan kita sudahpun menyenaraikan barangan yang perlu dibeli. Ingat, beli barangan yang ada didalam senarai sahaja!

Jual Barang Yang Tidak Diperlukan

Elakkan dari menyimpan barang yang tidak perlu di dalam rumah. Melepaskan barang untuk dijual akan dapat menambahkan pendapatan dan ini akan memberikan kesan positif kepada kesihatan mental

Jangan Membazir

Maksimumkan penggunaan barangan dan jika boleh digunakan semula adalah lebih baik dari dibuang dan terpaksa membeli yang baru. Ini kan membazir namanya.

Elakkan Pembelian Secara Online

Jangan mudah terpedaya dengan produk-produk dalam talian. Kos produk di dalam talian termasuk kos penghantaran adalah lebih tinggi.  Kurangkan masa kerap melayari internet dan tangguhkan minat pembelian selagi mampu kerana lama kelamaan ia akan membuatkan kita tidak lagi berminat untuk membeli barangan tersebut.

Perkara Kecil Yang Sangat Membantu

Elakkan dari kerap keluar ke pusat membeli belah sebaliknya pergi ke tempat-tempat riadah yang tidak memerlukan pengeluaran wang.

Daripada membazir membeli minuman kopi atau coklat yang mewah di luar, lebih baik bancuh sendiri di rumah. Ini kan lebih jimat.

Menghabiskan masa cuti dirumah bersama keluarga dari keluar bercuti diluar yang memerlukan kos yang tinggi.

Walaupun nampak kecil dan mudah namun perbezaannya amat besar dalam aliran kewangan.

Asingkan Wang Untuk Simpanan

Sebelum membelanjakan duit gaji anda, ambil 10-20% daripada jumlah gaji bulanan untuk tujuan simpanan. Cara ini sangat efektif sementara menunggu gaji baru pada bulan berikutnya.

Sekiranya kita tidak mampu menabung untuk jumlah tersebut, tetapkan dengan hanya RM20 atau RM50 sebagai permulaan cuma pastikan kita masih menyimpan.

Tabungkan semua syiling

Rakanvending.com

Pastikan semua syiling dimasukkan terus kedalam tabung. Tak perlulah cari tabung yang mahal, cukup sekadar botol atau balang biasa. Yang penting, jangan sesekali menggunakan atau menyentuh duit syiling tersebut.

Tunggu sehingga penuh dan anda pasti tersenyum dengan jumlah yang banyak yang mampu disimpan dari duit syiling tersebut. Mudah bukan? Duit yang ditabung juga boleh disimpan didalam akaun khas atau mungkin boleh dibelanjakan untuk barang keperluan yang perlu dibeli nanti. Atau juga boleh dijadikan sebagai modal percutian.

Buat Akaun Khas

Bagi memastikan kita tidak mengeluarkan wang yang disimpan untuk tujuan yang tidak perlu, salah satu cara terbaik ialah dengan membuat satu akaun khas seperti deposit tetap. Ini kerana duit simpanan tidak boleh dikeluarkan sesuka hati  sebelum cukup waktu matangnya.

Main Kutu

Walaupun agak old school dan evergreen namun ini adalah elemen  yang terbaik untuk mendisiplinkan diri menyimpan. Duit dikutip setiap bulan dan akan diberikan kepada pemain mengikut giliran bulanan atau tempoh masa yang telah ditetapkan.

Menabung bukanlah satu perkara yang menyusahkan cuma kita perlu menukar tabiat untuk menjadi lebih baik. Pastikan minda kita bersedia dan sikap disiplin diri kerana semuanya terletak di tangan kita sendiri. Tanamkan azam untuk sentiasa menabung, konsisten, dan rancang aliran kewangan dengan baik.

https://lomp.at/l8e1a
Share29Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem