Semalam (24/3), Gardenia dalam sebuah notis memberitahu bahawa mereka tidak dapat meningkatkan bekalan produknya di pasaran kerana kilang-kilangnya sudah mencapai tahap pengeluaran yang maksimum.

Berita ini semestinya membuatkan rakyat Malaysia terkejut mengetahui bahawa jenama roti kesukaan semua ramai orang tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat di pasaraya dan kedai serbaneka. Isu ini bahkan menjadi topik hangat di media sosial.

Baru-baru ini, pengguna Twitter @rizarul berkongsi bahawa dia menjual semula roti itu dengan dari harga RM299 hingga RM699 setiap bungkudroti! Beliau menerangkan dengan lebih lanjut bahawa roti itu eksklusif dan akan tamat pada 27 Mac (Jumaat).

IKLAN
Via Twitter @Rizarul
Via Twitter @Rizarul

Sekadar Gurauan

Sekadar menghiburkan hati pengikut-pengikutnya, sebenarnya netizen ini hanya gurauan. Malah ramai yang turut ‘menjual’ roti Gardenia mereka kepada @rizarul dan netizen yang lain.

Bekalan Produk Takkan Terhenti

Walaubagaimanapun, dipetik dari NST, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah memberi jaminan kepada pelanggan bahawa bekalan produk mereka tidak akan berhenti.

Pengilang roti yang terkenal ini dalam kenyataan ringkas berkata penghantaran harian ke pasaraya dan kedai lain akan terus seperti biasa.

“Gardenia menghasilkan roti kegemaran dan makanan ringan setiap hari walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini,” katanya.

Ia juga menggesa pelanggan membeli mengikut keperluan biasa dan penggunaan harian.

Komen Anda