Kekal sihat adalah kunci apabila anda sedang mengembara dan banyak cara yang dilakukan oleh pengembara bagi memastikan kebersihan berada pada tahap maksimum.

Adakalanya pemilihan hotel yang baik dapat memberikan kesenangan ketika mengembara seperti memperoleh barang percuma dan sebagainya. Tetapi perlu diingat, kita juga perlu berhati-hati dengan kemudahan yang di sediakan oleh pihak hotel.

Menurut halaman The Travel, ada sesetengah kemudahan di bilik hotel perlu diperiksa dahulu sebelum menggunakannya.

IKLAN

1Tuala Mandi Yang Kotor

via Dri Pak

Malangnya, tuala di rak bilik mandi hotel tidak selalunya bersih. Ada yang mendakwa tuala mandi terdapat helaian rambut, tompokan kotor dan perubahan warna. Pastikan untuk melihat dengan teliti tuala hotel sebelum menggunakannya.

2Berus Gigi Hotel Boleh Merosakkan Gusi

via Tooth Star

Kebanyakkan berus gigi yang disediakan oleh hotel bersaiz kecil, murah dan bulu yang boleh menyakitkan gigi dan mencederakan gusi anda. Serti yang dinyatakan menerusi halaman The Travel cuba untuk mengelak daripada menggunakannya kecuali anda tiada pilihan lain.

3Gelas Hotel Yang Tidak Ditukar

via The Travel

Sebolehnya jangan sesekali menggunakan gelas di hotel. Biasanya pekerja hotel hanya membersihkan gelas ini dengan hanya menggunakan tuala basah atau span tanpa membersihkannya. Gelas kotor ini mudah untuk memindahkan virus dari tetamu ke tetamu yang lain. Jadi elakkan!

4Cerek Hotel Yang Berkarat

via The Travel

Ini adalah satu lagi kemudahan yang perlu diperiksa oleh tetamu hotel. The Travel menyatakan cerek bilik hotel untuk membuat kopi atau teh adalah kotor, sarat dengan kuman dan biasanya tidak dibersihkan sebetulnya sehingga berkarat. Ada yang menggunakannya untuk merebus sup, memasak nasi, dan juga membersihkan barang peribadi.

5Kolam Yang Dipenuhi Klorin Berlebihan

via ABC

Semua orang suka kolam renang di hotel, tetapi perlu diingat sesetengah hotel akan meletakkan jumlah klorin yang banyak sehingga boleh menyebabkan tetamu sakit, ruam, kerengsaan mata, sakit hidung dan tekak. Bukan itu sahaja, berkemungkinan terdapat kotoran-kotoran lain di dalam kolam ini.

Dari tuala yang tidak dibasuh sehinggalah kolam yang mempunyai klorin berlebihan pasti membuatkan anda memikirkan semula untuk menggunakan kemudahan di hotel.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry