Siapa sangka, luahan seorang peminat yang berkongsi kesedihannya yang hilang sumber pendapatan kerana tempat kerjanya ditutup kerana wabak COVID-19 yang merebak di seluruh dunia telah membuatkan penyanyi Taylor Swift berbesar hati untuk menghulurkan bantuan secara rahsia.

Derma RM12,950 

Terdahulu,wanita berkenaan yang dikenali sebagai Samantha menerusi laman Tumblr memberitahu dia kini tiada sebarang pendapatan dan tidak boleh membayar hutang. Namun siapa sangka, tidak lama kemudian pelantun Love Story itu telah memberikan sumbangan wang tunai sebanyak AS$3,000 (RM12,950).

“Saya sangat terkejut, tak tahu nak cakap apa.

“Saya tak percaya orang yang saya kagumi dan menjadi idola merupakan seorang yang sangat bermurah hati,”

Bukan sahaja Samantha, malah peminat lain turut mengaku menerima bantuan wang tunai daripada Swift. Kongsinya,dia menerima sumbangan daripada penyanyi itu selepas kehilangan pekerjaan apabila terpaksa dikuarantin di rumah kerana COVID-19.

IKLAN