Dalam pelancaran ketiga-tiga telefon P40, P40 Pro dan P40 Pro Plus Khamis (3/26/2020), Huawei juga memperkenalkan smartwatch terbaru yang dipanggil Watch GT 2E.

Jam pintar ini adalah versi yang lebih sporty daripada pendahulunya, Watch GT 2. Dua tombolnya) kini adalah segi empat tepat dan lebih menyatu dengan badan utama. Talinya diperbuat daripada getah dengan lubang seperti edisi Apple Watch Nike Sports Band.

Spesifikasi GT 2E masih sama dengan Watch GT 2, termasuk skrin OLED 1.39 inci dengan resolusi 454 x 454, cip Kirin A1, memori 4 GB, dan hayat bateri sehingga 14 hari dengan sekali pengisian.

Walau bagaimanapun, Watch GT 2E mendapat ciri baru pengukur saturasi oksigen di dalam darah (SpO2) dengan bantuan sensor infra merah khusus,seperti mana yang laporakan oleh The Verge, Jumaat (27/3/2020).

Watch GT 2E mempunyai 100 mod sukan, dari skateboarding, rockclimbing dan banyak lagi. Memori dalaman boleh digunakan untuk menyimpan 500 buah lagu. Jam pintar ini juga dilengkapi dengan GPS dan tahan air pada kedalaman 50 meter.

Huawei merancang untuk mulakan pasaran Watch GT 2E di rantau Eropah pada April 2020. Harga ditetapkan pada 199 Euro. Di samping itu, Huawei juga memperkenalkan varian warna emas Watch GT 2 42mm yang akan dijual bersama dengan Watch GT 2E.

IKLAN

Harganya 229 euro untuk tali putih dan 249 euro (Rp 4.4 juta) untuk tali merah itu.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry