Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Dida Sinclair, begitu berbangga dengan menantunya, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dipanggil BCL. Labih dari sebulan selepas kematian Ashraf, BCL dapat bangkit dari kedukaannya.

Bukan sahaja muncul kembali menyanyi dalam beberapa buah acara, BCL juga memulakan perniagaan fesyen muslimah.

IKLAN

BCL menubuhkan Rumah BCL dan menjual Pashmina dengan reka bentuk simple elegan. Pashmina yang dijual berlapis emas dengan 19 warna yang berbeza.

“Alhamdulillah Pashmina by BCL, idea itu bermula sebelum Ashraf meninggal dunia,” kata Dida. “Alhamdulillah, idea ini telah menjadi kenyataan.”

Namun harga pashmina BCL agak tinggi juga. Menurut pendedahan yang dibuat oleh laman Wowkeren mendedahkan melalui mesej WA bahawa Pashmina dijual dalam ratusan ringgit.

Via Wowkeren

Bukan sahaja di Indonesia, Rumah BCL juga menerima pesanan untuk dihantar ke Malaysia, Singapura dan negara-negara lain.

Difahamkan harga untuk seunit bernilai IDR 336,000, namun jika pesanan di buat dari Malaysia, harganya RM 195.45 termasuk kos penghantaran.

Walaupun harganya agak sedikit mahal, namun ramai dikalangan peminat BCL di Malaysia mendapatkannya sebagai tanda memberikan sokongan.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry