Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Tukang Tilik Nasib Meramalkan Jodoh Bunga Citra Lestari & Ariel Noah

by Phic ARMAN
March 28, 2020
294
KONGSIAN
Share on Facebook

Bunga Citra Lestari menerima sokongan dari keluarga dan rakan artis untuk bangkit daripada kesukaran selepas suaminya, Ashraf Sinclair, meninggal dunia.

Seperti yang diketahui, Ashraf meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung pada 18 Februari.

Penyanyi yang lebih mesra BCL dilihat tetap bersemangat untuk meneruskan hidupnya sebagai seorang ibu tunggal kepada anaknya, Noah Sinclair.

Ia bukan perkara mudah untuk BCL bergerak, apatah lagi mencari pasangan hidup baru.

Walaupun demikian, BCL sering dijodoh-jodohkan dengan penyanyi dari band Noah, Ariel.

Akrab Dengan Ariel

Ariel dan BCL sering terlibat dalam beberapa projek kolabrasi, keduanya kelihatan sangat dekat antara satu sama lain.

Malah posting terakhirnya sebelum Ashraf meninggal dunia adalah Muzik Video duet bersama Ariel berjudul Menghapus Jejakmu.

View this post on Instagram

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Tukang Tilik Ramal Jodoh BCL

Paranormal atau tukan tilik popular di Indonesia yang dikenali dengan nama Mbak You akhirnya cuba menilik nasib tentang kedekatan BCL dan Ariel Noah.

Menurut Mbak You, BCL mempunya kriteria yang diinginkan oleh Ariel

“Ariel suka perempuan yang berdikari, mempunyai prinsip, dan mempunyai karakter yang ada dalam diri BCL,” kata Mbak You seperti yang dilaporkan oleh Grid.ID.

“Dan BCL adalah sejenis wanita yang tidak terlalu bergantung kepada lelaki, dia jenis yang boleh berdikari, karakternya bukan seorang yang manja, dan itulah yang disukai Ariel,” lanjutnya.

BCL Tidak Memikirkan Mencari Pengganti

Walaupun begitu, BCL tidak memikirkan mencari seorang pengganti untuk Ashraf Sinclair . Kerana, Noah Sinclair masih menjadi tumpuan utama wanita yang akrab dipanggil Unge itu.

“BCL masih menutup perasaannya, keinginan hatinya. Apa yang jelas adalah yang saya lihat hingga ke hari ini, BCL meletakkan fokus  lebih kepada anaknya,” katanya.

“Walaupun watak mereka sama-sama menyukai satu sama lain. Tapi kan belum tentu jodoh, mereka hanya berteman hingga saat ini,” katanya.

Mbak You kemudian mencadangkan bahawa netizen tidak lagi menjodoh-jodohkan BCL dengan Ariel. Selain itu, keadaan BCL yang kini masih berkabung.

“Kerana keadaannya masih bersedih, tidak sesuai jika kita menjodohkan orang apabila mereka kehilangan orang tersayang mereka, jadi ia tidak beretika dalam keadaan semasa,” katanya.

Via Tribunews

Mbak You merupakan seorang tukang tilik yang mendakwa dapat melihat dan merasakan kewujudan makhluk dari dunia yang lain.

Di samping itu, Mbak You juga dikenali sebagai seorang peramal yang sering meramalkan masa depan orang terkenal seperti selebriti.

.

BCL: Eternal Love – Timeless Romance: Sebuah Persembahan Cinta yang Dinanti di Kuala Lumpur
ariel noahashraf sinclairbunga citra lestariBunga Citra Lestari & Ariel NoahMbak YouMenghapus Jejakmu
https://lomp.at/gnd8l
Share290Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Spotlight

Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara