Susulan daripada bantuan kerajaan mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru, industri hiburan hangat seketika apabila terdapat beberapa selebriti tanah air tampil meluahkan pendapat dan perasaan mereka apabila aktiviti seni mereka turut terjejas dek kerana perintah tersebut dan dalam masa yang sama berharap agar penggiat seni turut mendapat bantuan khas daripada kerajaan.

Selebriti Pertahankan Hak 

Namun, luahan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang daripada netizen yang mempertikaikan pendapat sedemikian memandangkan ada dikalangan selebriti sebelum ini hidup dalam serba kemewahan dan berkemampuan namun masih ingin meminta bantuan daripada kerajaan.

Mewakili rakan-rakan penggiat seni, antara selebriti yang tampil mempertahankan nasib dan hak mereka adalah Sharnaaz Ahmad, Khai AF serta isterinya, Rosma.

Sharnaaz Ahmad Bandingkan Dengan Peniaga Nasi Lemak 

Menurut Sharnaaz dalam IG Live nya, pelakon ini tidak bersetuju apabila ada dakwaan daripada netizen yang meletakkan selebriti sebagai kategori T20 iaitu kumpulan tertinggi dalam pendapatan isi rumah dan tidak layak mendapat bantuan daripada kerajaan.

Sharnaaz cakap kadang – kadang orang yang jual nasi lemak lagi mampu dan boleh kerja dari rumah tapi artis tak boleh 🙁

IKLAN

Posted by Murai MY on Sunday, March 29, 2020

Malah Sharnaaz turut membuat perbandingan selebriti dengan mereka yang menjalankan perniagaan nasi lemak di tepi jalan kerana dakwanya ada diantara peniaga ini masih berkemampuan kerana masih bekerja dari rumah namun tidak bagi golongan selebriti ini.

“Makcik jual nasi lemak hang ingat depa tak ada duit? Depa boleh kerja dari rumah, macam kami nak bekerja dari rumah macam mana,”

Selebriti Wajar Diberikan Bantuan – Khai & Rosma 

Bagi pasangan selebriti Khai dan Rosma pula, mereka berpendapat bahawa selebriti juga perlu diberikan bantuan kerana selama ini, mereka antara tunjang yang menghiburkan peminat-peminat tanah air air.

Malah mereka turut kesal apabila semua pihak melupakan para artis. Kongsi bekas bintang-bintang Akademi Fantasia 1 ini lagi, tanpa selebriti sudah pasti tanah air hanya mempunyai berita 24 jam sebagai pengisian. Dalam carian terkini Murai.my pasangan ini turut memadam posting berkenaan di laman Twitter sebelum tampil dengan susulan kenyataan memohon maaf dan menjelaskan niat dan maksud disebalik perkongsian mereka sebelum ini.

Terdahulu, Black Hanifah dan Tomok menjadi mangsa kecaman netizen apabila mereka tampil memohon kerajaan agar tidak melupakan golongan penggiat seni selain disokong oleh selebriti-selebriti lain seperti Aweera,Hairul Azreen, Achey Bochey dan ramai lagi.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry