Memakai kasut yang tidak selesa bukan sahaja sakit tetapi juga ia amat menyiksakan. Apatah lagi jika kita perlu berjalan banyak seharian. Kasut juga sebenarnya mempengaruhi cara kita berjalan.

Selalu terjadi kes lenguh kaki, melecet, malah pernah tercabut kuku kaki disebabkan kasut yang tidak selesa dan kurang sesuai. Kasut yang selesa dipakai juga akan membuatkan postur badan kelihatan lebih baik, seimbang dan lebih yakin.

Ini antara beberapa cara pemilihan kasut yang benar- benar sesuai dengan saiz kaki dan yang paling penting selesa untuk si pemakai.

IKLAN

8Saiz Kasut

Saiz kasut adalah punca utama yang biasa terjadi dalam kes ‘kasut makan tuan’. Pastikan saiz kaki dan jenis kaki kita terlebih dahulu sebelum membeli kasut kerana kadang-kadang kita sendiri kurang pasti sama ada kaki jenis lebar, mengembang di depan atau jenis tapak kaki atau jari kaki yang panjang.

Contohnya apabila orang yang berkaki lebar memakai kasut orang yang berkaki panjang, tentulah sakit kerana kasut itu ketat dibahagian hujung jari kaki. Itulah terjadinya ‘kasut makan tuan’.

Bila berjalan, kasut akan squeeze jari kaki dan boleh membuatkan kuku kaki tercabut.

Ada berbagai jenis saiz kasut dan biasanya saiz akan mengikut rujukan pasaran negara. Contohnya US, UK atau Asia. Kalau di Malaysia selalunya jenis A untuk kasut yang memanjang dan jenis B untuk kasut yang melebar. Bandingkan kelebaran kasut dengan kaki dan elakkan kasut yang terlalu besar dan longgar.  Cuba kedua-dua belah kasut ketika membeli.

7Material Kasut

Kita perlu tahu material apa yang digunakan, adakah material itu sesuai dengan kulit kaki kita atau dengan outfit yang akan dipadankan. Ada berbagai jenis material kasut yang dijual di pasaran.

Ada jenis kulit, getah, kanvas, suede dan mesh. Material mesh adalah lebih ringan dan selesa dipakai malah senang  untuk dicuci contohnya kasut sukan.

6Kasut atau Sandal?

Ini sangat subjektif mengikut keselesaan si pemakai dan jenis aktiviti yang akan dilakukan. Namun rata-rata berpendapat kasut lebih selamat dari sandal kerana benda asing boleh terselit ke celah tapak kaki dan akan menyebabkan kecederaan.

5Kusyen Kasut

Pemilihan kasut yang berkusyen mampu memberi lebih keselesaan untuk si pemakai apatah lagi jika untuk berjalan jauh. Kalau yang kurang berkusyen akan menyebabkan kaki akan cepat melecet.

Pastikan bahagian dalam kasut juga lembut atau pilih kasut mengikut bentuk tapak kaki atau yang ada gel dibahagian tapak kerana ini akan memberikan rasa selesa yang sangat baik kepada pemakai dan tidak akan melecet.

IKLAN

4Berat Kasut

Jangan sesekali memilih kasut yang berat kerana ini akan membuatkan kaki akan cepat lenguh dan kita akan mudah merasa penat bila berjalan.

3Kasut Yang Tahan Lasak

Pilih kasut yang tahan lasak. Walaupun kasut jenis ini lebih mahal, namun kualiti dan jangka hayat kasut lebih lama. Jadi, lebih berbaloi untuk wang yang dibelanjakan. Kasut yang tahan lasak juga biasanya sesuai untuk  hiking dan pakai berjalan pun nampak kemas bergaya.

2Tapak Luar

Pilih kasut yang tapak bahagian luar lebih tebal supaya lambat haus dan dapat memberi cengkaman yang lebih kuat. Bunga tapak kasut juga memainkan peranan agar kasut mampu mencengkam dengan baik.

Kalau pada pendapat murai.my kasut yang tapak getah sangat bagus berbanding yang lain kerana ia selesa, lembut dan cengkaman yang kuat terutama untuk lantai yang licin, kasut bertapak getah amat selamat dipakai.

1Waktu Yang Sesuai

Jika anda merancang untuk membeli belah pastikan sesi membeli kasut adalah agenda yang terakhir. Waktu yang terbaik untuk membeli kasut  adalah pada waktu petang atau malam. Ini kerana, otot kaki akan mengembang.

Tips: Elakkan dari kerap memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut jenis ini tidak baik untuk menyokong kaki dan struktur badan. Bagi yang aktif bersukan pula, pastikan kasut yang dipilih diperbuat daripada bahan yang dapat menyerap peluh bagi membolehkan kaki lebih selesa bernafas.

Jangan beli kasut kerana jenamanya atau harganya tetapi belilah kasut kerana keselesaannya.