Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

COVID19: Cara Raja Thailand Asingkan Diri Ini Buatkan Rakyat Bertambah Geram

by Phic ARMAN
March 31, 2020
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Raja Thailand Vajiralongkorn baru-baru ini mencetuskan kontroversi di negaranya hanya kerana dia mengasingkan diri dari COVID19.

Kontroversi ini bermula selepas lelaki berusia 67 tahun itu dilaporkan mengasingkan dirinya dengan 20 orang gundik dan sejumlah kakitangan di Jerman.

Tempah Seluruh Hotel 5 Bintang

Menurut laporan Bild, Raja Vajiralongkorn dikatakan telah menempah seluruh Hotel Grand Sonnenbichl di Jerman selepas hotel bertaraf empat bintang itu menerima “izin khusus” dari majlis daerah.

Hotel Grand Sonnenbichl

Hotel ini juga merupakan satu-satunya penginapan yang masih terbuka di rantau ini, walaupun sejumlah rumah tamu dan hotel lain telah dipesan untuk ditutup kerana krisis virus COVID19.

Tidak jelas sama ada empat isteri Raja Vajiralongkorn mengambil bahagian dalam kumpulan pengasingan ini. Terdahulu, 119 anggota rombongan Raja Vajiralongkorn dilaporkan telah dihantar kembali ke Thailand kerana mereka disyaki dijangkiti virus COVID19.

Laporan bahawa Raja telah mengasingkan dirinya dengan 20 gundiknya juga telah didengar oleh warga Thailand. Beribu-ribu orang awam yang marah tidak mempunyai kuasa untuk mengkritik, kerana ia melanggar peraturan kerajaan.

Thailand sendiri memiliki hukum martabat keagungan penguasa (lèse-majesté). Hukum tersebut membuat siapa pun yang menghina atau mengkritik monarki dapat dipenjara hingga 15 tahun.

Via ABC News

Menurut laporan Independent, netizenwarga Thailand di twitter sedang mencipta trend melalui hashtag yang berbunyi “Mengapa kita memerlukan seorang raja?“. Hashtag ini digunakan 1.2 juta kali di Twitter dalam masa 24 jam selepas seorang aktivis mendakwa Vajiralongkorn sedang bercuti  di Jerman sementara wabah itu terus tersebar di seluruh Thailand.

Thailand sendiri mempunyai 1,524 kes virus korona pada Isnin (30/3). Daripada jumlah ini, 9 mati dan 229 pulih dari COVID-19.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hotel Grand SonnenbichlRaja ThailandVajiralongkorn
Share59Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara