Baru-baru ini industri hiburan hangat seketika apabila terdapat perselisihan faham dikalangan selebriti mengenai keperluan bantuan khusus buat pendapatan mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak dua minggu yang lalu.

Zarina Dedah Perbualan Selebriti Dalam Telegram 

Dikatakan, pelakon Zarina Anjoulie bertindak menegur secara terbuka terhadap segelintir selebriti yang meminta bantuan khas buat penggiat seni sekaligus menimbulkan perdebatan diantara selebriti-selebriti lain. Terbaru, menerusi laman Instagram Zarina, pelakon Anak Pontianak ini telah mendedahkan perbualan beberapa orang selebriti di dalam aplikasi Telegram dipercayai ditubuhkan khas buat selebriti-selebriti tanah air yang berdaftar dengan SENIMAN.

IKLAN

Aibkan Zarina Dalam Telegram 

Namun begitu, perbualan tersebut yang sempat disunting oleh Zarina, memperlihatkan pelakon Anne Abdulah, Lydiawati dan beberapa orang selebriti yang lain telah menyatakan sesuatu, dipercayai cuba mengaibkan Zarina.

Sejurus selepas itu, Zarina memuatnaik beberapa posting terbaharu termasuk menerusi akaun teman lelaki nya di laman Instagram yang menuntut Anne dan mereka yang terlibat untuk memohon maaf secara terbuka sebelum dia bertindak untuk mendedahkan segala-galanya.

Bagaimanapun, difahamkan tiada sebarang permohonan maaf dibuat dan dalam masa yang sama Zarina turut mengaktifkan sebuah kumpulan Telegram khas buat pengikutnya dipercayai terkandung beberapa pendedahan sebenar melibatkan beberapa selebriti yang terlibat di dalam Telegram Seniman. Dikhabarkan, Zarina akan buat pendedahan susulan di laman Instagram nya hari ini.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry