Sebelum ini, Negeri Sembilan menjadi negeri pertama yang mengumumkan pembatalan bazar Ramadan susulan pandemik koronavirus baharu (Covid-19).

Terengganu Negeri Kedua Batal Bazar Ramadan 

Terbaru, negeri Terengganu menjadi negeri kedua mengambil langkah yang sama selepas mengambil kira pelbagai faktor biarpun wabak ini sudah dapat dicegah kelak. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak menerusi satu kenyataan.

IKLAN

Melaka Dalam Perbincangan 

Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dalam kenyataannya Ahad lalu berkata, perbincangan masih dilakukan dengan pihak berkaitan mengenai kaedah terbaik boleh dilakukan demi kepentingan semua dan belum memutuskan sama ada penganjuran bazar Ramadan diteruskan atau sebaliknya.

Manakala, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan kerajaan negeri lain berhubung penganjuran atau pembatalan bazar Ramadan setakat ini. Terdahulu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan penyebaran berita palsu berhubung pembatalan bazar Ramadan di seluruh negara seperti yang tular di laman sosial.

Perkongsian berita palsu itu dibuat oleh seorang pengamal media sosial dia laman Twitter nya yang mendapat lebih dari 30 ribu Retweet sehingga mengundang salah faham dalam kalangan warganet. Bagaimanapun Tweet tersebut telah dipadam dari akaunnya tidak lama kemudian.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry