Beberapa buah daerah di Indonesia telah melaksanakan kuarantin untuk memperlahankan penyebaran virus korona atau COVID-19. Lalu sebuah desa di Kabupaten Purworejo, Desa Tuk Songo, saat ini sedang melakukan pengasingan diri di rumah masing-masing.

Pengasingan diri ini dirancang untuk dilaksanakan sehingga waktu yang belum ditentukan . Walau bagaimanapun, nampaknya penduduk kampung menjalankan sistem keselamatan dengan cara yang unik bagi memastikan pelaksanaan ini berjalan lancar.

Dipetik dari Detik.com, mereka menjadikan hantu Pocong sebagai penjaga wilayahnya. Menariknya, pocong jadi-jadian ini bertujuan untuk mengingatkan penduduk untuk mengingati kematian.

IKLAN

Dua penduduk yang berpakaian seperti Pocong akan melakukan tugasnya di sempadan. Dua pocong ini sengaja disiapkan untuk mengawasi penduduk kampung atau di luar kampung yang ingin masuk dan keluar dari kawasan tersebut.

Kerana semua kawasan itu terpencil, semua pintu masuk desa ditutup. Maka penduduk hanya boleh melalui satu jalan yang dijaga oleh dua pocong bertugas pada waktu itu. Bukan sahaja menjadi pengawal, mereka juga akan menyembur pembasmian kuman kepada penduduk yang lewat di tempat itu.

Via Detik.com

Sistem pengawasan ini menggunakan kostum pocong hanya dilakukan pada waktu malam. Kemudian melindungi penduduk dengan menggunakan kostum Pocong diharapkan dapat membantu masyarakat untuk terus berjuang melawan penyebaran wabah virus korona.