Berita sedih datang dari dunia hiburan Hollywood. Pelakon “Star Wars” Andrew Jack baru saja dilaporkan meninggal dunia pada usia 76 tahun. Berita mengenai kematian Andrew dimaklumkan selepas pelakon itu disahkan dijangkiti virus korona (COVID-19).

Dalam pengumuman itu, dinyatakan bahawa Andrew meninggal dunia hanya beberapa hari selepas disahkan positif untuk jangkitan COVID-19.

IKLAN

Dilaporkan oleh BBC, pelakon yang memegang watak sebagai Major Caluan Ematt meninggal dunia selepas dirawat di sebuah hospital di Surrey, England.

Tragisnya, isteri Andrew , Gabrielle Rogers masih dikuarantin di Australia selepas terbang dari New Zealand minggu lalu. Dia tidak dapat bertemu atau bercakap dengan Andrew pada akhir hidupnya sehinggalah tidak dapat menyertai proses pengebumian.

Isterinya memaklumkan berita itu menerusi Media sosial dan menyatakan bahawa Andrew tidak mengalami apa-apa gejala sebelum dijangkiti virus COVID-19.

Wakil agensi yang dinaungi Andrew , Jill McCullough dalam kenyataannya berkata, Andrew masih bekerja sebelum kematiannya, kebanyakannya dalam projek filem “The Batman” yang dibintangi oleh Robert Pattinson oleh Matt Reeves.

Dengan ini, Andrew menjadi selebriti Hollywood ketiga yang meninggal dunia selepas dijangkiti virus COVID-19.