COVID-19 : Rizman Ruzaini Hadiahkan Baju Raya Buat ‘Frontliner’

53
KONGSIAN

Jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini baru-baru ini telah mengadakan sebuah pertandingan khas buat ‘frontliner’ yang mana mereka dikehendaki memuatnaik gambar kreatif ketika bertugas.

3 Pemenang Akan Dipilh 

Dalam pertandingan itu, Rizman Ruzaini yang diterajui oleh duo pereka fesyen, Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil akan memilih 3 orang pemenang yang bertuah untuk memiliki sepasang baju raya dari daripada mereka.

https://www.instagram.com/p/B-ZKqRVjhVb/

Buat Kejutan 

Namun, siapa sangka, sebagai tanda penghargaan buat barisan hadapan ini yang bertungkus lumus memberikan khidmat terbaik bagi membendung wabak COVID-19, Rizman Ruzaini telah memberi kejutan dengan memberikan hadiah tersebut buat semua yang menyertainya.

“Tidak banyak yang kami mampu bantu tetapi kami harap ianya dapat menceriakan anda semua daripada kami buat frontliners tercinta.

“Anda semua adalah hero sebenar dan kami salut anda. Tahniah dan kami berdoa semoga kita semua akan mendapat rahmat Ramadan dan selamat berhari raya memakai baju Rizman Ruzaini,” tulis mereka

https://www.instagram.com/p/B-ZKkfeD7nw/

Jelas mereka menerusi laman Instagram, tidak banyak yang mampu dilakukan namun dengan penghargaan ini Rizman Ruzaini berharap dapat memberikan keceriaan pada Aidilfitri kelak buat para petugas ini.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN