Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Vivy Yusof Sebak, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

by Khai Azfar
April 2, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Malam tadi, usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof sekali lagi membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram nya.

Vivy Sebak

Berbezanya kali ini, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof menayangkan secara langsung permohonan maaf nya dan berkata ini adalah kali terakhir dia akan bercakap mengenainya. Jelas Vivy dalam keadaan sebak, dia menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan langkah kerajaan memberi bantuan kepada golongan B40 dan M40 sejak beberapa hari yang lalu.

https://www.instagram.com/p/B-cKwNZgiQG/

Tampil memberi penjelasan menerusi Instagram (IG) Story, kira-kira sejam lalu, Vivy mendakwa tidak pernah terfikir mengeluarkan kenyataan seperti itu, malah tidak menyangka masyarakat mempercayainya.

“Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti didakwa. Sebaliknya, saya bimbang nasib akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi.

“Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,”

Keluarga Terkesan Dengan Kecaman 

Kongsinya lagi dakwaan tersebut disifatkan begitu melampau sehingga membuatkan suami dan keluarganya turut terkesan dengan kecaman daripada para netizen.

“Ibu bapa dan suami terkesan dengan kecaman netizen. Ia amat berat untuk ditanggung kerana dikecam pada peringkat nasional”

Mengambil pengajaran atas apa yang terjadi, Vivy berkata akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan mana-mana kenyataan mahupun berkongsi di media sosial selain memohon maaf kepada semua pengikutnya.

Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang 

Dalam masa yang sama, Vivy turut menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pihat yang telah memutar belit kenyataannya sebelum ini dan melancarkan petisyen memintanya untuk meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

“Saya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan dan melancarkan petisyen minta saya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM),”

Terdahulu, terdapat sebuah petisyen telah diwujudkan oleh Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) yang mana menuntut usahawan selebriti ini meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah. Berdasarkan carian Murai.my petisyen tersebut telah pun ditutup kerana telah mencapai 35,000 sokongan daripada netizen.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
vivy yusof
Share10Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara