Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Diboikot Netizen, Amyza Adnan & Emelda Rosmila Tampil Beri Kenyataan

by Khai Azfar
April 2, 2020
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak minggu lalu, nama beberapa selebriti teruk dikecam netizen selepas pelakon Zarina Anjoulie bertindak memndedahkan nama mereka yang didakwa memperlekehkan netizen di kumpulan Telegram dipercayai diwujudkan buat penggiat seni yang berdaftar dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Amyza Adnan & Emelda Rosmila Diboikot 

Antara selebriti yang menjadi mangsa kecaman netizen adalah Amyza Adnan dan Emelda Rosmila sehingga tular di media sosial mengenai usaha untuk memboikot beberapa selebriti termasuk kedua-dua pelakon ini. Menerusi laman Instagram nya, Amyza berkata ada pihak yang berjaya membuat netizen percaya dengan rancangan jahat yang diwujudkan sekaligus menimbulkan fitnah terhadap selebriti-selebriti.

“Hebat ‘admin’ dan ‘troopers’. Fitnah yang anda rancang berjaya. Anda berjaya membuat orang percaya dengan rancangan jahat anda. Tak apa, kalau rasa dengan fitnah yang sangat jahat ini boleh buat anda seronok, bangga, teruskan.

“Bagi yang kata takut sebab saya tutup komen, malas nak layan. Saya banyak kerja berfaedah lain dari menghadap benda negatif.

“Nak takut dengan kecaman? Saya lagi takut sedang fitnah ini tersebar, manusia sedang leka, tiba-tiba dunia kiamat,” katanya.

Emelda Mahu Beri Pengajaran

Dalam perkembangan lain, Emelda berkata dia tidak bermaksud mahu mengaibkan sesiapa. Namun jelasnya, sebagai penggiat seni mereka juga berhak untuk bersuara tanpa perlu dikecam.

Nasihatnya lagi, dia berharap agar mereka diluar sana dapat berfikir dengan positif tanpa perlu beremosi.

“Ini cara saya mahu memberikan pengajaran kepada netizen yang tak tahu menghormati individu lain. Kalau lihat cara tutur, saya jadi takut.

“Artis pun manusia. Apa hak mereka nak bercakap macam-macam. Saya nak luahkan isi hati saya dalam ruang sendiri, kenapa kamu boleh masuk dan cakap sesuka hati.

“Di mana silapnya menyuarakan pendapat peribadi. Dengan penuh rendah hati dan diri untuk bertanyakan adakah mungkin golongan artis dan penggiat seni tidak terkecuali untuk mendapatkan insentif kerajaan dalam dunia dilanda musibah ini?

“Penggiat seni juga rakyat Malaysia, berhak bersuara untuk diri sendiri. Kenapa perlu kecam? Kalau saya rasa perlu, saya ambil. Kalau tak perlu pastinya akan dahulukan yang memerlukan. Jangan cetek akal. Emosi menguasai diri hinggakan otak di hujung jari,”

Menerusi carian Murai.my terkini, akaun Instagram kedua-dua akaun pelakon ini telah ditetapkan pada ketetapan peribadi.

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang
Amyza AznanEmelda Rosmila
https://lomp.at/74nie
Share26Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Foto - @ezzaniejasny (IG)
Lokal

Ezzanie Mohon Maaf- “Saya Bukan Berlagak Tapi…”

by Nurul A.
January 19, 2026

Kenyataan permohonan maaf pelakon Ezzanie Jasny telah mencuri perhatian ramai. Menerusi hantarannya terbaru di platform Threads, pelakon itu memohon maaf...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara