Biarpun hos nya silih berganti, namun sejak mula ditayangkan sekitar tahun 2002, rancangan 999 kini merupakan program jenayah nombor satu negara dan mempunyai pengikut setianya.

Sofea Ganti Anim 

Terbaru, 999 bakal tampil dengan wajah baharu apabila wartawan Segmen Viral, Sofea Nur Solehha Tun bakal menggantikan Anim Ezati Rizki bermula Selasa, 7 April nanti. Mengekalkan kandungan 999 yang tersedia ada, 999 akan tetap merungkai kes-kes jenayah bersama pihak berkuasa secara eksklusif dalam memberikan pengalaman menyeluruh kepada penonton

IKLAN

999 Terus Relevan 

‘Jenayah Membawa Padah’ merupakan slogan yang sering terngiang-ngiang apabila disebut tentang ‘999’. Pada tahun ini, 999 masih menegakkan misi untuk memberikan liputan menyeluruh tentang kejadian jenayah terkini yang melibatkan orang perseorangan, kumpulan, harta benda, dan komersial bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan PERHILITAN Malaysia, dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Selain itu, 999 turut menyediakan liputan mengenai bencana alam, kemalangan jalan raya, kebakaran, dan juga lemas bersama Jabatan Bomba Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Dalam aspek jenayah siber pula, 999 turut mengupas kes video tular di laman sosial dengan laporan yang disertakan dengan ‘Voxpop’ Netizen serta temu bual bersama pakar jenayah, khususnya dalam bidang penganalisis jenayah, pakar psikologi, dan pakar kriminologi.999 diterajui oleh Encik Mohd Said bin Abdullah Thani selaku Penerbit Eksekutif 999 dan Encik Wan Farid Wan Mohamed, selaku Penerbit 999.