Tiga penyanyi rap wanita Arabyrd, Hullera dan salah seorang anggota trio rap wanita popular, De Fam, Sophia Liana telah bergabung secara kreatif dalam single rap terbaharu mereka berjudul ‘Hal’.

Ciptaan Tiga Penyanyi 

Menariknya mengenai ‘Hal’, single ini merupakan ciptaan Arabyrd, Hullera dan Sophia Liana sendiri manakala lagu ini telah mendapat sentuhan dan olahan magis DJ tempatan dan penerbit muzik, DJ Ziqq dan penyanyi rap serta komposer terkenal, SonaOne. Ketiga-tiga mereka telah bersepakat untuk berkarya secara kolektif apabila Arabyrd selaku pencetus idea menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dalam sebuah single.

IKLAN

“Saya lihat semakin ramai penyanyi rap wanita tanah air yang muncul di persada muzik lokal dan ini merupakan suatu perkembangan yang sihat. Tatkala itu, saya mengambil kesempatan ini untuk berkolaborasi bersama Hullera kerana beliau masih muda dan sangat berbakat, manakala Sophia Liana merupakan penyanyi rap daripada kumpulan De Fam yang sudah berpengalaman dan disegani.”

Teruja Dapat Bekerjasama 

Bercerita mengenai maksud disebalik single ‘Hal’, Hullera menerusi edaran pada media berkata single ‘Hal’ membawa mesej memperkasakan wanita di mana setiap hari kaum hawa berdepan dengan pelbagai cabaran dan perlu berdikari dan harus berani dalam menjalani kehidupan seharian.

Bagi Sophia pula, dia menghargai peluang yang diberikan buat setiap seorang daripada mereka dalam kebebabasan yang sepenuhnya dalam meluahkan setiap ‘Hal’ dalam single tersebut apatah lagi dapat bertukar-tukar pendapat sewaktu proses rakaman sedang berlangsung.

Video muzik rasmi ‘Hal’ telah dilancarkan pada 27 Mac 2020 dan diterbitkan oleh Gushcloud Malaysia, Amar Halim dan Zakwan Azizan, dan diarahkan oleh Atong dan Bibo. ‘Hal’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik single ‘Hal’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry