Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Kuasa Tuhan! 4 Negara Asia Ini Masih Bebas COVID-19 Sehingga Hari Ini

by Phic ARMAN
April 2, 2020
707
KONGSIAN
Share on Facebook

Difahamkan setakat ini, daerah-daerah di semenanjung Malaysia yang bebas Covid-19 seperti Yan (Kedah), Kampar (Perak), Jeli (Kelantan), Machang (Kelantan), Hulu Terengganu (Terengganu) dan Rompin (Pahang).

Semoga daerah-daerah ini terus kekal bebas virus membunuh ini. Walaubagaimanapun, ternyata terdapat negara-negara besar di Asia yang bebas dari virus COVID-19.

Virus Corona telah merebak ke pelbagai negara, bermula dari China dan kemudian menyerang negara-negara lain seperti Itali, Amerika Syarikat, Korea Selatan hinggalah ke Malaysia.

Menurut Worldometers, penyebaran wabak Covid-19 telah merebak ke 200 negara dan wilayah di dunia.

Negara-negara yang belum pernah dijangkiti virus ini, tidak bermaksud mereka kebal terhadap Covid-19. Tetapi terdapat pelbagai sebab  negara atau wilayah ini bebas daripada penyebaran Coronavirus.

Berikut adalah senarai negara-negara bebas pandemik Corona.

Korea Utara

Jika kita lihat pada kedudukan geografi, sudah tentu negara Korea Utara ini mungkin terdedah kepada virus Covid-19 ini. Sebabnya, Korea Utara bersempadan dengan negara asal Corona, iaitu China, dan Korea Selatan juga antara negara yang mempunya kes yang tinggi.

Walaupun dekat dengan China dan Korea Selatan, sebenarnya Korea Utara adalah negara bebas Corona, tidak ada laporan yang berkaitan dengan kes itu sehingga kini.

Memetik dari NYtimes, ramai yang meragui dengan hal ini. Walaubagaimanapun, setelah mengetahui bahawa virus Corona menyerang berbagai negara, Korea Utara mengambil langkah untuk melindungi negara daripada serangan virus.

Negara itu, yang diketuai oleh Kim Jong Un, mengambil langkah untuk mengawal ketat tangki dan takungan air. Di samping itu, secara menyeluruh membasmi kuman pada wang.

Yemen

Satu lagi negara bebas Corona adalah Yemen. Sehingga kini, secara rasmi negeri Yemen telah mengumumkan bahawa tidak ada warganya yang dijangkiti dengan Covid-19.

Walaupun di negara-negara lain, Corona digelar musuh yang menakutkan, tetapi bagi Yemen masalah yang lebih besar adalah krisis kemanusiaan, yang disebabkan oleh kelaparan, penyakit dan perang saudara yang belum berakhir.

Turkmenistan

Ashgabad city

Dilaporkan oleh Business Insider, Turkmenistan telah menjadi negara bebas Corona setakat ini. Langkah-langkah yang diambil oleh Turkmenistan untuk bebas daripada serangan Covid-19 termasuk, antara lain, menjalankan kempen mengenai jangkaan Covid19 kepada warganya.

Di samping itu, pembersihan dan pencegahan dilakukan dengan membatasi perjalanan.

Malah, menurut sumber, Turkmenistan membantu negara Iran yang mempunyai lebih daripada 32 ribu kes Corona, iaitu dengan menghantar bekalan makanan ke negara itu.

Tajikistan

Negara lain yang selamat daripada serangan virus Corona adalah Tajikistan. Negara kecil  Uni Soviet yang berada di benua Asia Tengah tidak melaporkan kes positif virus Corona.

Dipetik dari WPR, walaupun negara ini tiada kes positif Corona, pihak berkuasa di Tajikistan telah mengambil langkah yang betul untuk mencegah virus ini daripada merebak.

Langkah-langkah ini termasuk menghadkan mesyuarat awam dan sekatan ke atas perjalanan semasa wabak pandemik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Covid19Korea UtaraTajikistanTurkmenistanYemen
https://lomp.at/il7ff
Share337Tweet154SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem