Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

COVID-19: Agong & Tengku Hassanal Berkenan Sumbang Elaun Diraja 6 Bulan

by Khai Azfar
April 3, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.

Bantu Kurangkan Beban Kerajaan 

Menurut Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin,Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berbuat demikian bagi membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

“Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,”

Tengku Hassanal Ikut Jejak Langkah Ayahanda & Bonda 

Dalam perkembangan lain, anakanda baginda berdua yang juga Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan untuk tidak menerima bayaran Elaun Diraja selama enam bulan bermula April ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Tengku Hassanal berkenan menitahkan supaya Elaun Diraja itu disumbangkan ke Tabung COVID-19 Pahang. Menurutnya, baginda berharap bantuan yang dicadangkan dan diluluskan dengan menggunakan Tabung COVID-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.

“Tengku Hassanal juga menitahkan supaya rakyat Pahang sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baginda juga mendoakan pesakit COVID-19 di seluruh Malaysia khasnya di Pahang diberikan kesembuhan dengan segera dan semua petugas barisan hadapan diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka,”

Rata-rata pengguna media sosial memuji ketokohan keluarga diraja Pahang ini yang sememangnya terkenal dengan berjiwa rakyat. Daulat Tuanku!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahTengku Hassanal Ibrahim Alam Shahtunku azizah
Share8Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  2. 2

    VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

  3. 3

    Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

  4. 4

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  5. 5

    Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara