Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

8 Petua Cara Penjagaan Rambut Agar Rambut Cepat Panjang

by Amirul Fikry
April 12, 2020
978
KONGSIAN
Share on Facebook

Rambut adalah sebagai mahkota yang sangat berharga. Memiliki rambut yang cantik, lebat, panjang dan bersinar adalah impian setiap insan. Namun tiada jalan pintas untuk mendapatkan rambut seperti yang diidamkan jika kita tidak tahu menjaga dan merapikan rambut dengan baik. Kesihatan dan faktor genetik amat memainkan peranan yang penting dalam hal penjagaan rambut. Manjakan rambut anda dengan petua yang akan kami kongsikan disini.

Jangan Kerap Mencuci Rambut

via mstar.com

Memang betul mencuci rambut adalah untuk membersihkan kotoran di kulit kepala dan kita akan merasa lebih segar.

Namun, tahukah anda bahawa syampu yang kita gunakan mempunyai bahan sulfat yang akan menghilangkan minyak alami di kulit kepala yang sememangnya amat diperlukan bagi memperbaiki dan menyihatkan rambut. Penggunaan syampu yang telalu kerap akan melemahkan dan merosakkan folikel rambut dan rambut akan menjadi tidak sihat.

Kita disarankan untuk mencuci rambut sekurang-kurang 2-3 hari sekali dan elakkan mencuci rambut dengan air panas kerana air panas akan melambatkan proses pertumbuhan rambut dan masalah pada kulit kepala.

Perapi Rambut

Ramai yang mengganggap perapi rambut tidak penting. Sebenarnya, memakai perapi rambut setiap kali selepas syampu dapat melembapkan folikel rambut dan rambut akan terasa lebih halus dan tidak kusut serta mengelakkan dari rambut menjadi bercabang.

Pemakaian pelembap rambut secara konsisten berupaya membuatkan rambut lebih cepat panjang dan menghindari rambut dari menjadi kering. Tapi ingat jangan pakai perapi hingga hujung akar rambut, ini akan menyebabkan rambut rosak dan kulit kepala berminyak. Cukup hanya sekadar sapuan dari paras bawah telinga hingga kehujung rambut.

Tonik Rambut

via gayarambut.co.id

Wajib untuk memakai tonik rambut setelah rambut dibersihkan. Pemakaian tonik rambut adalah sangat baik kerana ianya adalah sebagai ‘booster’ yang akan menyegarkan dan menguatkan akar rambut dan mencegah rambut menjadi rapuh. Penggunaan tonik rambut juga akan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut baru dan subur.

Jangan Kerap Ikat Rambut

via bubblynotes

Jangan terlalu kerap mengikat rambut dengan ketat sehingga menarik permukaan kulit kepala. Ini akan melemahkan akar rambut dan pori-pori rambut akan tersumbat. Pengaliran darah menjadi tidak lancar dan sumber darah ke kulit kepala akan berkurangan dan akan melambatkan proses pertumbuhan rambut. Disarankan untuk mengikat rambut secara longgar dan menggunakan getah rambut yang lembut.

Urutan Kulit Kepala

Urut kulit kepala setiap malam sebelum tidur  dengan cara tundukkan kepala dan membalikkan semua rambut dari belakang ke depan dan urut selama 10-15 minit dengan perlahan-lahan. Urutan kulit kepala dapat membantu untuk meransang peredarah darah yang segar ke kulit kepala, menguatkan akar rambut dan pendorong yang bagus untuk meningkatkan pertumbuhan rambut dengan lebih cepat dan kuat.

Cara Sikat Yang Betul

via hijabheels.com

Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan yang penting dalam proses penjagaan rambut.

Sikat yang sisirnya jarang dan panjang lebih bagus digunakan kerana ianya kurang menarik rambut yang boleh menyebabkan keguguran dengan banyak manakala sikat yang sisirnya lebih rapat akan berisiko untuk rambut menjadi mudah putus.

Cara terbaik untuk menyikat rambut adalah dengan bahagikan rambut kepada 2 bahagian dan genggam bahagian tengah rambut, sikat bahagian bawah terlebih dahulu kemudian baru bahagian atas dengan lebih lembut.

Elakkan Pewarna Dan Pengering Rambut

Hindari dari sering mewarnakan rambut kerana ini akan membuatkan rambut mudah rosak teruk kerana kandungan bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rambut amat tinggi.

Pengering rambut juga boleh menyebabkan akar umbi kulit kepala dan rambut menjadi rosak dan kering. Biarkan rambut kering secara semulajadi.

Trim Rambut

Trim rambut sekurang-kurangnya 3-4 bulan sekali dapat membuatkan rambut lebih cepat panjang dan kurang rambut bercabang. Hanya potong 2-3 inci hujung rambut sahaja.

Cara Penjagaan Rambut Yang Kita Hanya Boleh Lakukan Sendiri Di Rumah

Teh Hijau

Lumurkan 2 sudu teh hijau atas rambut secara menyeluruh, tutup dengan kain dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas rambut dengan bersih.Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat melancarkan pengaliran darah hingga meransang pertumbuhan rambut dengan cepat.

Santan Kelapa

Lumur rambut dengan santan kelapa yang diperah dan tutup dengan kain selama 20 minit, kemudian bilas hingga bersih. Boleh dilakukan 2 kali seminggu. Santan kelapa dapat menjadikan rambut lebih lebat, lembut dan hitam bersinar.

Lidah Buaya

Tambah titisan madu dalam gel lidah buaya dan lumur keseluruhan rambut atau boleh terus melumur rambut dengan gel daun lidah buaya yang dikupas kulitnya. Biarkan selama 30 minit kemudian dibilas sehingga bersih. Daun lidah buaya dapat menambahkan nutrisi pada rambut.

Bawang Merah

Kupas sebiji bawang merah, parut dan perah untuk diambil airnya sahaja dan lumur pada keseluruhan rambut. Biarkan beberapa minit dan cuci hingga bersih. Kandungan belerang yang tinggi yang terdapat pada bawang merah mampu membuatkan rambut tumbuh dengan lebih cepat secara semulajadi.

Semoga tip ini dapat membantu dalam penjagaan rambut yang sihat. Semoga bermanfaat

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
tippenjagaanrambut
https://lomp.at/rhcdn
Share409Tweet237SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem