Hampir sebulan, namun wabak COVID-19 terus merebak dengan melebih meluas dengan ratusan ribu kematian dicatat seluruh dunia termasuk Malaysia.

Menteri Kesihatan Israel Positif COVID-19 

Terbaru, Israel berada dalam keadaan yang membimbangkan apabila Menteri Kesihatan Israel, Ya’acov Litzman disahkan positif COVID-19.Menurut agensi berita Sputnik yang memetik laporan portal berita Jerusalem Post, Litzman dan isterinya disahkan dijangkiti wabak itu dan perlu menjalani prosedur kuarantin.

IKLAN

Perdana Menteri Israel Dikuarantin 

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa dikuarantin buat kali kedua dalam masa seminggu selepas sering bermesyuarat dengan Litzman.

Langkah itu dibuat berdasarkan cadangan doktor peribadi Netanyahu dan garis panduan kementerian kesihatan. Namun terdapat khabar angin yang turut mengatakan bahawa Netanyahu juga turut dilaporkan positif.