Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Selepas 4 Tahun, Akhirnya Amelina Dedah Kisah Perceraian Dengan Bekas Suami

by Phic ARMAN
April 4, 2020
1.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin akhirnya telah bersedia untuk berkongsi kisah perceraian dengan bekas suaminya.

Dalam sebuah posting yang dimuatnaik di Instagram peribadinya, Amelina yang mesra dipanggil Kaklong mendedahkan tarikh sebenar dia bercerai dan bersyukur kes perceraian itu berlangsung dengan lancar tanpa kekecohan.

Amelina juga turut menyebut beberapa nama yang banyak membantu dalam mengendalikan kes perceraian ini. Antaranya seperti Rizz Iskandar (Peguam), Liza Ilias (Isteri Ajai), dan pengurusnya Brian Micheal.

Via IG AMelina

“Ramai yang nak tahu bila tarikh perkahwinan Kaklong dan bila Kaklong berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yang gelarkan kaklong JA6. Sebab perceraian kaklong tidak kecoh kerana peguam kaklong menguruskan dengan baik iaitu @rizz2612. Bagi Kaklong dia yang sangat terbaik dalam mengendalikan kes Kaklong dan masa tu Kaklong dibantu oleh kakak comel saya @mrsajai75 dan adik Kaklong @mr.joe77.”

Amelina berkata, tarikh tepat dia rasmi bercerai pada 29 Jun 2016, selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sangat-sangat membantu Kaklong pada masa itu. Kaklong berkahwin 26hb April 1999 dan perkahwinan Kaklong berakhir 29hb June 2016”

Via IG AMelina

Alami Kemurungan Selepas Bercerai

Menurut Amelina, dia mengakui selepas bercerai, dia mengalami kemurungan dan hilang keyakinan diri.

“Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah Kaklong single dan bergelar ibu tunggal. Awalnya Kaklong rasa kemurungan , amat sedih dan hilang keyakinan diri. Adakah Kaklong mampu dalam usia yang senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 orang anak-anak yang sedang membesar”

“Tetapi Kaklong ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ini sangat di pandang tinggi dalam masyarakat dan agama. Buktinya Kaklong sentiasa disayangi dan apa yang Kaklong buat untuk mencari rezeki sentiasa mudah dan di permudahkan.”- tulisnya.

Amelina mengakhiri perkongsian ceritanya dengan memberi nasihat kepada semua peminatnya supaya pandai menjaga diri, bersikap merendah diri dan sentiasa memberi aura positif kepada orang lain.

View this post on Instagram

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin)

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Amelina BerceraiBekas Suami AmelinaBila AMelina BerceraiReduan Mahmood
Share703Tweet432SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian
Bollywood

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian

by Phic ARMAN
January 30, 2023
Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana Cetus Spekulasi, Zizan Razak Tampil Beri Penjelasan!
Gossip

Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana Cetus Spekulasi, Zizan Razak Tampil Beri Penjelasan!

by Naddy Joe
January 30, 2023
Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman
Lokal

Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman

by Mas Ayu
January 30, 2023
[VIDEO] Juri Indonesia Pertahan Tindakan Mas Idayu Beri Teguran Pedas Terhadap Peserta?
Gossip

[VIDEO] Juri Indonesia Pertahan Tindakan Mas Idayu Beri Teguran Pedas Terhadap Peserta?

by Naddy Joe
January 30, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  2. 2

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan