Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Baru Tahu! Tempat Duduk Dalam Pesawat Ini Paling Mudah Dijangkiti Virus

by Phic ARMAN
April 4, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika seluruh dunia di ancam oleh virus COVID-19, rata-rata penduduk di dunia ini tidak digalakkan untuk melancong, lagi-lagi menaiki pesawat.

Pada saat ini, banyak syarikat penerbangan telah menghentikan perkhidmatan mereka ke beberapa buah negara bagi mencegah virus COVID-19.

Ini kerana, dalam pesawat itu sendiri boleh menyebarkan virus dari penumpang yang berkemungkinan positif COVID-19. Menurut satu kajian, posisi tempat duduk anda mempengaruhi dalam mencegah mendapat penyakit ini.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Prosiding National Academy of Sciences pada tahun 2018 menunjukkan tingkah laku dan pergerakan yang berkaitan dengan penularan penyakit, terutamanya penyakit pernafasan semasa penerbangan.

“Para penumpang yang duduk di kerusi berhampiran dengan tetingkap adalah lebih selamat daripada risiko penyakit ini berbanding mereka yang duduk berdekatan dengan lorong,” kata Vicky Hertzberg, saintis yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan ini yang dilaporkan oleh Smarter Travel

Kajian ini mensimulasikan penyebaran patogen dalam kabin pesawat dengan 150 penumpang. Hasil percubaan menunjukkan bahawa penumpang yang paling mungkin dijangkiti adalah sebelas orang yang duduk paling dekat dengan orang yang sakit.

Kajian ini juga menyatakan bahawa dengan berfikir bahawa penyebaran kuman di dalam pesawat adalah disebabkan oleh sistem peredaran udara di kabin, itu adalah salah. Sebabnya, penyebaran kuman lebih disebabkan oleh pergerakan manusia dalam kabin pesawat.

Selain itu, pesawat memiliki sistem penapisan zarah yang kuat atau High-Efficiency Particle atau HEPA Filters  yang boleh menapis kuman dan virus di kabin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share22Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara