Dalam keadaan Covid-19 sekarang ini, stay at home, menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakkan sosial amatlah penting.

Walaupun sebegitu, ada beberapa artis tidak mengambil perkara ini sebagai suatu yang serius. Menurut halaman The Travel, ini adalah antara artis yang ‘menghayati’ alam semula jadi semasa wabak Cavid-19.

IKLAN

Katy Perry Dan Orlando Bloom Bersiar Di Pantai

via Daily Mail

Katy Perry dilihat berada di pantai di Los Angeles bersama Orlando Bloom dan ayah mertuanya, Keith Hudson. Menurut The Travel, Katy Perry yang sedang mengandung bersama anjingnya menyaksikan Orlando berenang di lautan. Walaupun pantai kosong, namun dapat dilihat mereka masih tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

Ben Affleck Dan Ana De Armas Hangat Bercinta Di Taman

via Daily Mail

Penerima 3 kali Anugerah Golden Globe ini dilihat kerap kali membawa anjing peliharannya bersiar-siar di luar dengan teman wanita barunya, Ana de Armas. Pasangan ini sering kelihatan menerokai kawasan kejiranan di Los Angeles, taman, dan memanjat bukit bersama.

Chris Dan Liam Hemsworth Menunjukkan Tubuh Sasa Ketika Surf Di Australia

via Daily Mail

Menurut The Travel, adik beradik ini melakukan surf di pantai yang terbengkalai di Teluk Byron. Walau bagaimanapun, mereka dilihat tidak mengamalkan penjarakkan sosial kerana Lukas dan beberapa kawan turut menyertai mereka.

Shwan Mendes Dan Camila Cabello Tidak Hiraukan Keadaan Sekeliling

via Just Jared

Shawn Mendes dan Camila Cabello seolah-olah tidak jemu untuk membuktikan bahawa mereka sedang hangat bercinta. Mereka berdua dilihat tidak mengamalkan penjarakkan sosial dan bersiar-siar di luar sedangkan orang ramai sedang kuarantin di Miami.

Hugh Jackman Bersiar Mengambil Udara Segar Di Pantai

via Daily Mail

Apabila wabak ini bermula, ramai artis yang duduk di rumah. Menurut The Travel, Hugh Jackman dilihat bersama dua anjingnya berjalan-jalan di pantai dan tidak mengamalkan stay at home!

Jangan terlalu ikutkan hati, demi menjaga keselamatan semua orang, setiap individu perlu memainkan peranan penting dalam menghentikan penularan wabak ini. Stay Safe!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry