• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Tidak Sensitif? Fadh Majid Perjelas Lancar Lagu Semasa PKP

by Khai Azfar
April 6, 2020
Share on Facebook

Baru-baru ini, penyanyi baharu, Fadh Majid telah melancarkan single pertama nya berjudul Bukan Takdirku. Biarpun negara kini dalam keadaan berjaga-jaga akibat penularan wabak COVID-19 namun Fadh atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid tetap mengorak langkah untuk meneruskan pelancaran single ini.

Lancar Lagu Menerusi Media Sosial

Namun begitu, demi menghormati saranan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian wabak tersebut,Fadh melancarkan single Bukan Takdirku melalui platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo.Malah pada 27 Mac yang lalu, segmen yang dinamakan Borak Santai Bersama Fadh Majid turut berjalan secara serentak di IG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.

Dalam segmen tersebut, Fadh menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikut dan rakan-rakan media termasuklah mengenai perasaannya terpaksa melancarkan lagu nya dalam skala sederhana menggunakan platform media sosial dan bukanlah majlis besar-besaran sepertimana penyanyi-penyanyi lain.

Masih Peka Dengan Isu Semasa 

Jelas adik kepada penyanyi Raqib Majid ini,dia mengambil pendekatan untuk berlapang dada dan turut menjelaskan dia bersma syarikat rakaman Todak Music masih peka dengan keadaan semasa.

“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.

“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malah demi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjang kita dalam penjarakkan sosial dan mengharungi krisis wabak Covid19”

“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.

“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlis dilakukan,” katanya

Ketika ditanya mengenai risiko untuk single ini tidak mendapat perhatian umum ketika dilancarkan pada keadaan negara ‘yang tidak mengizinkan’, penyanyi berusia 26 tahun ini menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.

“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,”

Hasil Ciptaan Sepenuhnya Fadh 

Sebagai info, Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan Fadh sepenuhnya yang mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.

“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.

“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam. Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata pemuda berasal dari Melaka ini.

Memiliki variasi vokal versatil dan dominan pada nyanyian bernuansakan R&B, Fadh juga berkebolehan menyampaikan lagu beritma irama tradisional.

“InsyaAllah kalau kehadiran saya diterima baik, dapatlah saya menonjolkan kebolehan nyanyian pada umum. Bahkan sangat berbangga jika diberi peluang merakamkan lagu irama Malaysia suatu hari nanti,”

Video muzik lirik lagu berkenaan kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Todak Music.

YouTube video

Fadh Majid
https://lomp.at/b0fho
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore