Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Drama PUBG ALLSTARS Catat Hampir 100 Ribu Tontonan Dalam Masa 48 Jam!

by Khai Azfar
April 7, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Episod pertama PUBG ALLSTARS yang dilancarkan pada 3 April lalu di saluran YouTube rasmi TODAK TV, meraih jumlah tontonan hampir 100,000 penonton dalam tempoh kurang 48 jam.

Sambutan Menggalakkan 

Tanpa publisiti meluas mahupun pembabitan pelakon profesional, menurut mereka pencapaian ini amat membanggakan kerana PUBG ALLSTARS merupakan drama webseries dan terbitan asli TODAK TV yang mengketengahkan genre ‘gaming’ di dalam kehidupan realiti.

Produser PUBG ALLSTARS, Mohd Ikmal Fareeq (Fareeq), berkata, pihaknya berasa terharu dengan sambutan yang diberikan peminat PUBG dan pengguna YouTube.

“Saya percaya sambutan hangat episod pertama PUBG ALLSTARS, sokongan datang dari kelompok penggemar sukan elektronik (E-Sukan) PUBG, pangguna YouTube termasuk pengikut serta peminat tegar Youtuber terkenal yang merupakan bintang utama juga penggerak jalan cerita ini.

“Mungkin juga ramai yang berminat menonton PUBG ALLSTARS ini kerana genre seumpama ini belum pernah disaksikan dalam mana-mana drama atau filem. Ia merupakan idea asal yang dibangunkan pihak TODAK TV sendiri,” katanya.

Berbaki Empat Episod 

Tambahnya lagi, webseries yang ditayangkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam itu masih berbaki empat episod dan pihak mereka berharap sambutan untuk episod seterusnya akan mengalami peningkatan jumlah tontonan yang lebih besar.

YouTube video

Memilih permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG Mobile), sebagai teras cerita, TODAK TV telah mengkaji demografik permainan video ini yang kemudiannya diangkat sebagai E-sukan melalui penganjuran Kejohanan Kebangsaan Mudah alih PUBG Mobile (PMNC) yang menawarkan ganjaran lumayan.

Menyedari komuniti PUBG cukup besar bahkan di seluruh dunia, TODAK TV berasa tertarik untuk menterjemahkannya dalam kehidupan realiti.

“Webseries ini sebagai satu lagi kelainan yang dibawakan TODAK, seiring reputasi kami sebagai sebuah produksi yang sentiasa menghasilkan program-program kreatif, sekaligus dedikasi TODAK terhadap E-sukan selama ini.

“Menerusi aplikasi permainan PUBG, boleh di lihat setiap pasukan mempunyai ragam tersendiri dan perancangan strategi masing-masing yang belum tentu membawa kemenangan kepada mereka.

“Bersesuaian dengan kandungan program ini, kami tidak menggunakan pelakon komersil atau wajah popular sebagai tarikan, sebaliknya mengketengahkan individu yang sangat dekat dengan E-Sukan ini.

“Mereka ini juga merupakan selebriti media sosial dan YouTube yang sangat terkenal dan berpengaruh di Malaysia, mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai,” katanya pada edaran media

Drama PUBG ALLSTARS ini dibintangi barisan YouTuber terkenal seperti Zukiee, Alieff Irfan, Kokom, Nasz Kenyang dan Inderawasih. Manakala pelakon tambahan terdiri daripada pasukan MTAS, Rosenicotine dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
PUBGPUBG ALLSTARS
https://lomp.at/54xek
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem