Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Panduan Menggayakan Jam Tangan Ala Diplomatik

by Amirul Fikry
April 25, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Jam tangan merupakan aksesori wajib bagi lelaki ataupun wanita. Aksesori ini akan menambahkan gaya dan menunjukkan identiti si pemakai. Tidak perlu menjadi seorang ahli horologi untuk mencari jam tangan yang ideal. Jam tangan yang bagus tidak semestinya mahal, yang penting ianya berkualiti dan sesuai dengan personaliti seseorang.

Baca entri di bawah untuk anda membuat pilihan yang betul mengikut profesion masing-masing.

Kualiti

Sebagai seorang diplomat yang aktif dan kerap ke luar atau dalam negeri sangat memerlukan jam tangan yang berkualiti dan tahan lasak. Diantara jenis jam tangan mekanikal (automatik) dan quartz (menggunakan bateri), model mekanikal sangat sesuai untuk seorang diplomat.

Selain tidak menggunakan bateri supaya tidak lagi perlu risau dan merasa leceh untuk menggantikan bateri semasa menghadiri temujanji atau mesyuarat. Model jam tangan mekanikal juga memiliki daya ketahanan yang cukup lama jika ianya diselenggarakan dengan baik.

Sementara itu, jam tangan jenis quartz biasanya memerlukan kepakaran khusus untuk penyelenggaraan. Kebaikan lain juga untuk jam tangan mekanikal ialah ianya mempunyai pergerakan yang lebih lancar dan halus berbanding dengan model jam tangan quartz.

via Rolex

Kesesuaian Si Pemakai

Jam tangan harus sesuai dan fit di pergelangan tangan bagi menyesuaikan diri dengan ciri-ciri fizikal dan rutin si pemakai. Seorang yang mempunyai bentuk badan yang lebih besar boleh memiliki jam tangan dengan diameter 38mm – 48mm. Bagi bentuk tubuh yang lebih kecil pula, memiliki jam tangan dengan diameter 30mm – 40mm sangat sesuai. Wanita pula sesuai untuk memilih jam tangan dengan diameter 21.5 mm – 30mm. Jam tangan yang berdiameter melebihi 48mm akan kelihatan sangat besar di pergelangan tangan walaupun dari jarak yang sangat jauh. Ini akan menyebabkan kesan berlebihan dan tidak kemas apabila dipakai. Kita harus memilih jam tangan yang lebih selesa apabila dipakai.

Pemilihan tali jam juga menjadi faktor yang sangat penting. Ada berbagai pilihan tali jam seperti pilihan dari jenis kulit, keluli tahan karat, canvas dan NATO (getah). Bagi yang selalu sibuk atau perlu berjumpa dengan orang (mesyuarat) maka tali jam yang sesuai adalah jenis kulit atau keluli tahan karat. Manakala bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti luar atau aktiviti lasak, jenis tali NATO sangat sesuai terutamanya jika berada di kawasan persisiran atau sesuai juga untuk si penyelam.

Karakter

Seorang diplomat sentiasa berdepan dengan orang ramai. Pemilihan jam tangan yang betul sangat membantu.

Tambahan pula, sebagai seorang diplomat adalah sesuai untuk menghargai sebuah mahakarya. Oleh sebab itu, sangat tidak sesuai jika seorang diplomat membeli jam tangan yang palsu atau KW. Daripada membeli jam tangan palsu atau KW, adalah lebih baik membeli jam tangan ‘second hand’ yang kini banyak ditawarkan secara meluas samada kedai di dalam talian atau di pasaran jam tangan mewah terpakai.

Untuk setiap profesion, diplomat mempunyai laluan kerjaya berdasarkan kemampuan dan pengalaman masing-masing. Bermula dari seorang yang berpengaruh tinggi sehinggalah ke pegawai bawahan atau yang mempunyai gelaran Duta Besar.
Dalam setiap fasa ini, terdapat banyak pilihan jam tangan yang sesuai mengikut karakter seseorang.

Diplomat Muda

Untuk diplomat muda, jam tangan yang sesuai adalah seperti Apple Watch, Fossil, Seiko, Swatch dan Tissot, tidak kira jenis automatik, digital atau quartz.

via Apple

Diplomat Bersekutu

Diplomat bersekutu akan mengenali dunia dengan lebih jauh lagi. Mempunyai rangkaian yang cukup luas dan ingin mengetahui mengenai profesion dengan lebih mendalam.

Contohnya, satu hari perhimpunan Sidang Kemuncak ASEAN, anda melihat sesama diplomat yang datang dari negara lain mengenakan jam tangan dari jenama A.Lange & Gohne, Breitling, Corum, Junghans, Longines, Montblanc, Omega dan Tag Heuer.
Jadi, tidak ada salahnya jika anda melabur dan memiliki jam tangan yang selayaknya seperti diplomat dari negara lain.

via Tag Heuer

Diplomat Utama

Sebagai seorang Duta Besar, anda berada pada titik kerjaya yang tertinggi. Anda adalah sebagai sumber inspirasi bangsa dan negara. Atas sebab ini, pilihan jam tangan biasanya akan mencerminkan sejarah penting industri.

Antara jenama yang terkenal dan sesuai untuk anda adalah seperti Patek Philippe, Rolex, Braguet, Panerai, Girard Perregaux, IWC Schaffhausen, Vacheron Constantin, Bvlgari, Glasshutte, Moser & Cie.

via PatekPhilippe

Jadi sebab itulah pemilihan jam tangan sangat penting mengikut personaliti seseorang. Ia bukan berfungsi semata-mata untuk menunjuk masa tetapi juga sebenarnya lebih daripada itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
jamtanganaladiplomat jamtangan pilihanjamtangan personaliti
https://lomp.at/lqh1t
Share8Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem