Sebelum ini, wabak COVID-19 dikatakan berpunca dari salah satu wilayah di China. Biarpun baru sahaja pulih dari wabak tersebut,rata-rata rakyat negara itu mengambil peluang untuk mengunjungi pusat-pusat pelancongan termasuklah di Gunung Huangshan, wilayah Anhui.

20,000 Pelancong Banjiri Gunung Huangshan

Lebih mengejutkan, menurut laporan South China Morning Post, lebih dari 20,000 pengunjung warga China telah membanjiri Gunung Huangshan pada hujung minggu lalu sehingga membuatkan pihak penganjur terpaksa menutup seketika pusat pelancongan tersebut.

IKLAN

Kebanjiran para pengunjung ke Gunung Huangshan disebabkan penawaran tiket masuk secara percuma oleh kerajaan Anhui ke 29 pusat pelancongan wilayah itu. Dikhabarkan penawaran itu dibuat bagi menggalakkan semula kedatangan pelancong selepas negara itu diisytiharkan darurat akibat COVID-19.

Ditutup Akibat Terlalu Ramai 

Biarpun begitu, mereka masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan kawalan pemeriksaan suhu badan setiap pengunjung selain diwajibkan memakai topeng muka serta menunjukkan status kesihatan yang telah disahkan pakar.Dalam perkembangan lain, pusat pelancongan tersebut terpaksa ditutup pada 5 April lalu akibat kepadatan para pengunjung yang agak melampau sehingga dinasihatkan untuk berkunjung pada hari yang lain.