Bangga! Lagu Ciptaan Yuna Sebaris Dengan Dua Lipa & Bon Jovi

659

Penyanyi Yuna sekali lagi berjaya menarik perhatian peminat di persada antarabangsa apabila lagu Forevermore muncul sebagai salah sebuah lagu pilihan tertinggi oleh peminat musik saat tempoh isolasi.

Seperti yang diumumkan menerusi laman Twitter MTV Asia, lagu tersebut menduduki tempat ke-9 menerusi kategori ‘Song To Dance To In Isolation’.¬†

IKLAN

Lagu Forevermore ciptaan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai tersenarai bersama lagu-lagu popular di dunia seperti La La Lost You (NIKI), Physical (Dua Lipa), Dance Monkey (Tones and I) dan ramai lagi.

Undian lagu ini dibuat secara mingguan oleh pendengar di seluruh dunia, dan akan dikongsikan senarai  terkini melalui laman twitter MTV Asia.

Muzik video lagu Forevermore itu pernah trending di Youtube dan ia diarahkan oleh suaminya sendiri, Adam Sinclair. Kini ia mencatat hampir 2.6 juta lebih penonton sejak dikeluarkan pada 4 April 2019.