Air penting untuk mengekalkan kita supaya sentiasa terhidrasi dengan memastikan tahap tenaga yang lebih optimum untuk fungsi otak yang lebih baik. Perlu diingat, berapa banyak air seseorang harus minum bergantung kepada pelbagai faktor seperti keadaan kesihatan, umur, jantina, iklim, dan lain-lain.

Adakah anda sedar bahawa semua jenis air yang terdapat pada hari ini, tidak semuanya sama. Berikut adalah 9 jenis air yang wujud di dunia dan analisis yang mana satu adalah yang terbaik untuk kesihatan anda menurut Buzz Noble.

IKLAN

1Air Paip

via Medical News Today

Air paip boleh didapati di kebanyakan tempat. Dari air yang mengalir di tandas sehinggakan air yang digunakan untuk membersihkan peralatan dapur, semuanya air paip!

Kebaikkan air paip di kebanyakkan negara di Amerika Syarikat dan Eropah selamat untuk diminum dan mudah didapati serta murah berbanding air botol.

Manakala keburukkanya, kajian daripada The Guardian mendapati banyak bekalan air paip di seluruh dunia mengandungi zarah plastik, bahan asing seperti sisa racun makhluk perosak dan aluminium yang boleh didapati di dalam air paip.

2Air Mineral

via Food Navigator Asia

Air mineral merujuk kepada air penuh dengan nutrien dan mineral, tetapi terhad kepada sulfur, kalsium dan magnesium.

Air mineral mengandungi beberapa sumber mineral yang tubuh manusia tidak mampu menghasilkan sendiri dan ia juga boleh membantu penghadaman.

Selain daripada kos air mineral yang tinggi, nutrien yang diperolehi daripada air ini juga boleh didapati daripada diet seimbang daripada sumber makanan yang lain.

3Air Spring Atau Glacier

via TwentyQuestion

Jika anda pernah melihat air botol di kedai yang mendakwa bahawa air itu didapati daripada sumber air yang mengalir, ia kemungkinan air musim bunga ataupun air glasier.

Air spring atau glasier secara teorinya bebas dari toksin, bahan cemar dan mengandungi banyak mineral yang bermanfaat. Jenama seperti Evian dan Arrowhead adalah salah satu jenama yang mudah didapati di negara ini.

Yang pasti air jenis ini memerlukan belanja yang agak besar sekiranya anda ingin menggunakanya dalam kehidupan seharian. Menurut Buzz Noble, kadang-kadang air ini dibotolkan dalam keadaan mentah dengan cara air yang diperolehi tidak ditapis, jarang diuji dan berkemungkinan air ini boleh mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan.

4Air Sparkling

via Healthline

Dirumus di bawah tekanan bersama dengan gas karbon dioksida, air sparkling juga boleh dikenali sebagai air berkarbonat atau soda.

Jika anda inginkan sesuatu yang berbeza tetapi tidak mahu mengambil minuman ringan yang penuh dengan gula dan bahan pewarna, air sparkling adalah pilih tepat! Bukan itu saja, air jenis ini masih mengekalkan mineral yang sihat untuk anda.

Tetapi untuk anda yang bercadang membeli air ini, ada sesetengah menggunakan pemanis buatan dan mengandungi kandungan mineral yang tidak mencukupi kepada tubuh. Jadi disarankan untuk membaca dahulu nutrition facts sebelum membeli air ini.

IKLAN

5Air Suling

via Malay Mail

Air suling dihasilkan oleh air mendidih di mana pengumpulan stim mengubah bentuk kepada cecair, dan cecair itulah yang dinamakan sebagai air suling.

Kebaikan air ini boleh digunakan untuk anda yang mengembara di tempat yang baru di mana anda tidak pasti keaslian bekalan air paip dan air suling adalah alternatif yang hebat. Mungkin juga boleh digunakan ketika anda berkhemah di dalam hutan.

Oleh kerana air suling tidak mengandungi apa-apa mineral dan vitamin, Buzz Noble menyatakan meminumnya boleh menyebabkan tubuh badan mendapatkan mineral dari sumber yang lain seperti tubuh, gigi dan tulang.

6Air Bersih/Purified

via Office Work

Apabila air dari tanah atau air paip dipanaskan untuk menyingkirkan bahan berbahaya seperti kulat, parasit dan bakteria, maka akan terhasilnya air bersih dan ini menjadikan ia salah satu perairan paling selamat untuk anda minum.

Air bersih adalah alternatif lain jika anda tidak pasti keadaan air paip di kawasan anda. Kebanyakan negara menggunakannya kerana air ini telah melalui proses pematian kuman dan ianya mudah didapati dan murah.

Walaupun proses pendidihan dapat mematikan semua bahan berbahaya, ia juga boleh menghilangkan beberapa nutrien penting seperti flourida di dalam air tersebut.

7Air Yang Ditapis Dan Berperisa

via Tupperware

Air yang dipertingkatkan dengan menambahkan bahan semulajadi atau tiruan dikenali sebagai air berperisa. Ia juga boleh diperasakn dengan gula semulajadi daripada beberapa sumber alam.

Jika minum air kosong nampaknya sangat membosankan! Jadi dengan penambahan perisa seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran dapat memberikan kelainan kepada perasa air anda.

Walaupun buah-buahan dan sayuran boleh ditambah sebagai perasa, kemungkinan air berperisa yang anda beli di kedai menggunakan pemanis buatan yang menjadikannya berbahaya bagi mereka yang menghidap diabetes. Ia juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan berpotensi memberi kesan kepada mereka yang mengalami alergi terhadap pemanis tiruan.

8Air Beralkali

via BizEnclopydia

Terdiri dari mineral alkali, air alkali mempunyai paras pH yang lebih daripada air biasa.

Tahap pH air alkali yang tinggi  membantu meneutralkan asid dalam badan, melambatkan penuaan dan juga mencegah kanser.

Menurut Buzz Noble walaupun air alkali selamat untuk diminum, kandungan pH yang lebih tinggi boleh menyebabkan asid yang lebih rendah di dalam perut sekaligus menghalang keupayaan untuk membunuh bakteria dan kandungan alkali yang berlebihan boleh membawa kepada gejala seperti mual dan muntah.

9Air Telaga

via Green Brothers Drilling

Air telaga diperolehi dari tanah dan menjadikannya salah satu jenis air yang paling semula jadi. Walau bagaimanapun, memandangkan ia tidak dirawat, ia boleh membawa kepada beberapa risiko kesihatan.

Di kawasan pedalaman yang mana penduduknya menggunakan telaga, telaga merupakan sumber air semulajadi dan kos yang paling minimum. Air telaga yang tidak bersih mungkin mempunyai risiko tetapi manfaatnya jauh lebih tinggi sekiranya anda mengambil beberapa langkah berjaga-jaga seperti menguji kandungan bakteria dan paras pH.

Air telaga yang tidak dijaga boleh dicemari oleh jangkitan bakteria dan parasit dan ini akan memberikan kesan terhadap kesihatan anda.

Secara dasarnya, anda mungkin mempunyai pilihan sendiri dengan mengambil kira beberapa faktor seperti tempat tinggal, kemampuan dan sebagainya. Anda tidak perlu bimbang selagi anda pasti bahawa air minuman anda bersih, selamat dan membuatkan anda terhidrat dan sihat!