Sebelum ini, media tempatan melaporkan pelakon Puteri Aishah bersama beberapa krew drama Demi telah disahkan positif wabak COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland.

Pelakon Kanak-Kanak Positif COVID-19

Terbaru, pelakon kanak-kanak di dalam drama tersebut, Puteri Rayyana Rayqa dan ibunya yang dikenali sebagai Syira turut disahkan positif wabak itu.

IKLAN

Menerusi laporan Harian Metro,difahamkan Rayqa yang berumur 6 tahun telah mengalami demam sejak berada di Scotland lagi namun ibunya yang turut menenaminya berkata Rayqa langsung tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19.

“Saya dan Rayqa buat ujian pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Pagi tadi baru dapat panggilan yang kami positif Covid-19”

Kongsinya, sepanjang mereka berada di Scotland tentang isu kebersihan dan penjagaan kesihatan sentiasa dititikberatkan.Rayqa dan ibunya kini sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Jurugambar Beransur Pulih

Dalam perkembangan lain jurugambar produksi berkenaan yang turut disahkan positif, Ambia Ahmad kini beransur pulih,namun masih dalam pemerhatian wad ICU. Selain pelakon dan jurugambar, antara yang dijangkiti wabak maut tersebut ialah Rahila Ali iaitu pengarah drama Demi, Sue merupakan penolong pengarah dan jurusolek Aishah.