Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Islamik

Jom Semak Senarai Bayaran Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri

by Amirul Fikry
April 24, 2020
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Walaupun kita masih lagi didalam perintah kawalan pergerakan (PKP), kita harus juga ingat ada beberapa perkara wajib yang harus dilunaskan. Kurang dari sebulan lagi, seluruh umat islam akan menyambut ramadhan.

Zakat fitrah adalah zakat diri dan zakat ramadhan yang merupakan satu kewajiban fardhu ain ke atas semua umat islam yang merdeka dan berkemampuan membayarnya tidak kira golongan tua, muda, lelaki atau perempuan.

via mstar.com

Zakat fitrah boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan iaitu harus bermula dari awal hingga akhir bulan ramadhan.

Zakat fitrah dapat membersihkan dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut akan digunakan untuk membantu asnaf-asnaf dan fakir miskin untuk mereka membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg beras.  Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari masa ke semasa bergantung kepada harga beras yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Jumlah Bayaran Zakat Fitrah 2020

Berikut adalah senarai Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2020 untuk seluruh negeri di Malaysia.

Terdapat juga negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat. Pembayar zakat perlu memilih zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka.

Waktu Mengeluarkan Zakat

  1. Harus – bermula dari awal ramadhan sehingga akhir bulan ramadhan
  2. Wajib – apabila terbenam matahari pada akhir bulan ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  3. Afdhal – sebelum menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.
  4. Makruh – selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Haram – selepas terbenam matahari pada satu Syawal.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1) Lafaz untuk diri sendiri

“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Taala”.

via wordPress

2) Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan

” Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala”.

via wordpress

3) Lafaz bagi pihak

” Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili…pada tahun ini kerana Allah Taala”.

via wordpress

Syarat-syarat wajib membayar zakat fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  1. Islam dan merdeka
  2. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang dibawah tanggungannya pada pagi hari raya dan malamnya.
  3. Wajib membayar zakat fitrah ialah apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan ramadhan.
  4. Memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan ramadhan dan berkekalan islamnya.

Sehubungan itu tidak wajib zakat fitrah ke atas orang-orang yang berikut

  • Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir ramadhan
  • Anak yang lahir selepas terbenam matahari akhir ramadhan
  • Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir ramadhan

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat semua umat islam. Salam Ramadhan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Bayar ZakatZakat Fitrah 2020zakatfitrah zakatwajib zakatramadhan
https://lomp.at/z9ca2
Share24Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem