Pelakon dan model berasal dari Indonesia, Anya Geraldine menjadi tumpuan dan perbincangan netizen di alam maya. Bagaimana tidak,  kali ini wanita ini tarik muka atau menunjukkan wajah kurang senang ketika mendengar laungan azan.

Hal ini bermula selepas pelakon itu memuat naik video pendek di Instagram. Dalam video tersebut, Anya Geraldine berkongsi aktiviti di rumah.

IKLAN

Satu di antaranya berdandan. Dalam video itu, Anya Geraldine memang terlihat cukup cantik dengan wajah full make up.

“Nasib seorang gadis apabila dikuarantin, makeup perlu ditanggal kerana perlu duduk di rumah”- tulis Anya Geraldine sebagai kapsyen.

Tetapi video tiba-tiba menjadi tumpuan selepas dimuat semula oleh sebuag akaun gosip di Instagram. Kerana terdapat ada momen di mana  netizen mengkritik Anya Geraldine yang ‘buat muka’ setelah mendengar laungan azan.

Anya Geraldine atau nama sebenarnya, Nur Amalina Hayati ditegur netizen kerana dia tidak sepatutnya bersikap sebegitu sebagai seorang muslim. Doakan yang baik-baik aje lah!