Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

PKP Bukan Penghalang! Liza Hanim Tampil Dengan ‘Tiada’

by Khai Azfar
April 13, 2020
91
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah beberapa tahun tidak muncul dengan lagu baharu akhirnya Liza Hanim, 41 tahun tampil dengan single terbaru berjudul ‘Tiada’ bagi mengubat kerinduan sebilangan besar peminat yang terus menerus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya sejak dahulu lagi.

PKP Bukan Penghalang 

Meskipun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilalui oleh rakyat Malaysia ketika ini, Liza tidak menganggap itu sebagai satu halangan besar dan mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Tiada yang akan dilancarkan serentak di semua platform digital mulai hari ini.

Menurut Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim binti Abdul Halim , Tiada bukan sebagai sebuah naskhah yang biasa malah seluruh tenaga dan jiwa telah diletakkan ke dalam lagu yang merupakan luahan isi hatinya terhadap sebuah kerinduan kepada insan yang telah pergi buat selama-lamanya.

‘Tiada’ Mengenai Arwah Bapa 

Terdahulu, Liza telah kehilangan bapanya yang tercinta pada tahun lalu. Kerinduan yang bersarang dalam hatinya itulah yang menjadi intipati penting dalam single kali ini. Bertindak sendiri selaku komposer, isi hatinya itu diceritakan dan diterjemah dengan baik oleh Fedtri Yahya selaku penulis lirik seterusnya mendapat sentuhan Sharon Paul yang bertindak selaku Penerbit Muzik untuk lagu ini.

View this post on Instagram

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Bagaikan hadir tepat pada masanya, di saat satu persatu nyawa terkorban angkara Covid-19,Tiada pastinya akan membangkitkan lagi rasa simpati dan kasih sayang berterusan antara yang meninggalkan dan yang ditinggalkan.

Sebagai info, Liza yang kini bernaung di bawah pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment dan memilih untuk bekerjasama dengan Indigital Music Sdn. Bhd. untuk mempromosikan lagu ini. Yakin Tiada bukan sahaja akan dekat di hati peminat malah Liza percaya ianya akan mengembalikan semula semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang seni tanah air.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
liza hanimLiza Hanim Tiada
Share89Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara