Biarpun masih muda,namun ianya bukanlah penghalang buat penyanyi Hollywood Selena Gomez mengorak langkah dalam merancang masa depannya.

Dilengkapi Enam Bilik Tidur

Terbaru, Selena dikhabarkan telah membeli sebuah banglo dengan bernilai 4.9 juta USD (RM21 juta). Menurut laporan Dirt, banglo mewah itu yang terletak di Encino, San Fernando Valley mempunyai enam bilik tidur serta dilengkapi 10 bilik air.

Milik Penyanyi Tom Petty 

Dengan pendapatan bernilai lebih 60 juta USD tahun lalu, banglo tersebut juga berjiran berjiran dengan beberapa selebriti terkenal iaitu Vin Diesel, Logan Paul, James Charles dan Rebecca Zamolo.

Sebagai info, kediaman itu merupakan milik dan rekaan asal penyanyi Tom Petty bersama isterinya, Jane Benyo yang turut menetap di situ sekitar 1989. Sebelum ini, pengarah Joseph Kahn pernah meluahkan hasrat untuk membeli rumah tersebut.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry