Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

[VIDEO] Wan Maimunah Menangis Terharu Terima Bantuan

by Khai Azfar
April 15, 2020
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Beberapa hari yang lalu, pelakon veteran Wan Maimunah menerima kunjungan daripada Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

Terharu Terima Bantuan 

Difahamkan kunjungan tersebut adalah bertujuan memberi bantuan buat pelakon ini. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin sempat memuat naik video yang memperlihatkan Wan Maimunah atau nama sebenarnya Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz menangis terharu kerana masih ada pihak yang sudi bertanya khabar dan memberikan bantuan buatnya.

“Allahuakhbar, Alhamdulillah. Petang ini, ibu dapat lagi sumbangan yang dihantar oleh Ustaz. Lepas Subuh tadi, Ibu dapat mesej daripada Tengku Khalidah. Dah puas mencari telefon Ibu..” – luah Wan Maimunah

Menurut Tengku Khalidah, pada mulanya dia agak keberatan untuk berkongsi video yang dihantar sendiri oleh Wan Maimunah.

View this post on Instagram

A post shared by Tengku Khalidah Tengku Bidin (@tengkukhalidah_tengkubidin)

Namun selepas ianya tular dan ingin menghargai jasa baik Ustaz Sheikh Mohammad yang aktif memberi bantuan, dia memuat naik semula video tersebut.

“Bangun pagi pagi hari tu, terima video ni. Daripada ibu Wan Maimunah sendiri yang dihantar kepada saya. Berat hati nak post pada awalnya, tapi bila video jadi viral dah sehari dua ni, saya post kanlah juga semula. Jangan kecam tau.Sebenarnya saya post sebagai menghargai budi baik sahabat kami, Ustaz Sheikh Mohammad yang memang bergerak kulur kilir membantu yang memerlukan”

Sebagai info, Ustaz Sheikh Mohammad telah bekerjasama dengan WHAM dan beberapa rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite bagi memberikan bantuan buat pelakon-pelakon veteran.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
wan maimunah
https://lomp.at/emw31
Share22Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem