Jack ‘n Jill NIPS meraikan semangat perpaduan yang dikongsi bersama dengan perisa baharu edisi khas yang begitu sesuai bagi sambutan Hari Raya ini.

Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan tahun ini dengan rasa coklat berperisa kurma lazat, disalut dengan kolongsong manis berwarna-warni. Alami kehebatan gabungan rasa karamel manis dan kurma bersama coklat yang kaya setiap kali anda menikmati kehebatan berbilang warna ini.

Dengan versi kurma ini, kini terdapat lima variasi Jack ‘n Jill NIPS dengan empat perisa sebelumnya terdiri daripada pilihan kesukaan ramai: Kacang, Kismis, Kacang dan Kismis, serta Cookies & Crème.

IKLAN

Kempen yang diberi nama We’re All In Eid Together #EidWithNIPS telah melancarkan edisi
baharu Jack ‘n Jill NIPS ini.

NIPS Kurma sesuai sekali dihidangkan sebagai penghujung manis setiap hidangan perayaan ataupun selepas berbuka puasa. Memang sesuai jika ianya dikongsi bersama dengan semua yang makan semeja.

Perisa terbaharu ini kini berada di pasaran – untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook
Jack ‘n Jill NIPS.