Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

26 Penyanyi Berduet Dalam Lagu Sentiasa Di Sini!

by Khai Azfar
April 16, 2020
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Sewaktu rakyat Malaysia sedang bertarung melawan Pandemik Covid-19, Astro menerusi portal hiburan mereka,Gempak mengambil inisiatif tersendiri dalam menghargai rakyat Malaysia yang teguh berdiri bagi melawan wabak Covid-19 dengan menghasilkan sebuah lagu tribute.

26 Penyanyi Dalam Sentiasa Di Sini 

Lagu yang diberi judul Sentiasa Di Sini merupakan hasil ciptaan AG Coco dan Noh Salleh itu telah menghimpunkan seramai 26 orang penyanyi menyumbang suara tanpa mengenakan sebarang bayaran bagi menyokong inisiatif ini. Selain Noh sendiri, mereka adalah Faizal Tahir, NJWA, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Kashika, Ali Masdo, Mimi One Nation Emcee, Nicole Lai, Syamel, Ara Johara, dan Ernie Zakri.

Turut terlibat memberi sokongan ialah Azlan Typewriter, Marsha Milan, Imran Ajmain, EL Ceria Popstar, Yoyo, Dinda, Umairah, Nehsan Selvaraj, Danny Ah Boy, Jacqueline, Putera Muhammad, Masya Masyitah, Ucop dan Xavier. Mewakili rakan-rakan artis terlibat, Noh menerusi kenyataan media menyifatkan penghasilan video muzik ini sebagai satu usaha yang amat baik apabila seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam membasmi Covid19.

“Kami barisan selebriti tanah air menyokong petugas barisan hadapan yang komited dalam kerja mereka. Seluruh rakyat mahukan sesuatu yang positif, jadi saya amat berbangga kerana terlibat dalam projek ini. Melalui lagu ini juga, saya berharap ia menjadi semangat buat rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi yang perit ini”.

Bagi Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Arshad ini merupakan satu magis yang luar biasa apabila Astro dan selebriti Malaysia dapat menyiapkan sebuah lagu dan muzik video untuk memberi semangat kepada rakyat Malaysia.

“Ketika semua rakyat Malaysia dinasihatkan berada di rumah, saya melihat sokongan bukan sahaja boleh diberikan melalui keringat dan wang ringgit, tapi boleh disampaikan melalui lagu dan kata-kata semangat. Semoga usaha murni ini dapat memberi semangat kepada tenaga barisan hadapan, sekaligus mengekalkan momentum kita dalam menentang
pandemik Covid-19”.

Dirakam Secara berasingan 

Menariknya lagu ini dirakam dan dihasilkan secara berasingan dengan setiap selebriti menghantar audio dan visual nyanyi mereka sendiri. AG COCO menggabungkan kesemua suara menjadi sebuah lagu yang indah dengan kemahiran pasukan Gempak menyunting visual untuk dijadikan muzik video yang menyentuh perasaan.

YouTube video

Muzik video ini boleh ditonton dan didengar di semua saluran TV, Radio dan Digital Astro bermula hari ini. Ia akan dimulakan dengan tayangan perdana di saluran Astro Stay Home Concert (Saluran 700) yang mula bersiaran pada 14 hingga 28 April, ia juga boleh dilayari di Astro GO.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Sentiasa Di Sini
https://lomp.at/fc8ma
Share13Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem