Semalam, di laman Twitter tular mengenai foto ibu kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha, Nani Rostam yang dikecam oleh pengguna laman itu.

Diperli Netizen

Gara-gara berkongsi foto duit belanja pemberian Hanis di laman Instagram, warga net telah menyalah erti akan foto tersebut sebelum bertindak mengecam dan menyindirnya.

“Rezeki dari Allah melalui anak-anak yang soleh dan solehah. JazakAllah khairan kathiran Hanis Zalikha setiap bulan bagi belanja buat mama.

“Semoga luas rezeki serta mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.”

Padam Posting 

Ada yang beranggapan tindakan itu seumpama menunjuk-nunjuk dan tidak kurang juga ada menasihatinya untuk tidak berkongsi foto sedemikian kerana boleh mengundang pelbagai persepsi negatif.Bagaimanapun,menerusi carian Murai.my pada Instagram Nani, posting tersebut telah pun dipadamkan oleh ibu pelakon ini.

IKLAN