Melihatkan raut wajah anggota barisan hadapan yang berkhidmat untuk negar ketika ini pasti membuatkan sesiapa sahaja terkesan. Mereka bukan sahaja meninggalkan keluarga di rumah demi melawan pandemik COVID-19 tetapi dalam masa yang sama turut menggadaikan nyawa semata-mata mahu negara kembali ‘aman’.

Dedikasi Lagu 

Bagi kumpulan penyanyi Azlan & The Typewriter, jasa dan pengorbanan barisan hadapan tidak terbalas dengan wang ringgit. Pengorbanan yang dilakukan begitu besar maknanya dan harus dihargai oleh semua. Mengambil inisiatif untuk memberikan semangat dan sebagai tanda terima kasih, Azlan sempat merakamkan sebuah lagu berjudul ‘Barisan Hadapan’ sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

IKLAN

Siap Dalam Masa Seminggu 

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Azlan, sudah boleh ditonton melalui saluran YouTube INDIGITAL MUSIC bermula Khamis. Difahamkan, lagu tersebut disiapkan dalam masa seminggu.

“Sayu hati melihat gambar dan video mereka tular dalam media sosial. Jasa petugas barisan hadapan ini memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata”

“Mereka bukan sahaja merawat pesakit di hospital, malah sebahagian besar berada di atas jalan semata-mata mahu menjaga keselamatan dan mengawal keadaan,”

“Tidak sukar pun sebenarnya untuk melawan pandemik ini asalkan kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi kebaikan bersama,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, Azlan juga menasihati semua masyarakat agar terus berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.