Umumnya, seluruh rakyat Malaysia, lagi-lagi yang berpendapatan rendah layak
mendapat diskaun sehingga 50% kepada bayaran penggunaan tenaga elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Diskaun bil elektrik di bawah PRE2020 dan PRIHATIN adalah diberikan untuk
tempoh enam bulan mulai penggunaan elektrik 1 April sehingga 30 September
2020 untuk semua kadar diskaun.

Jika bil elektrik yang diterima dalam bulan April adalah meliputi penggunaan elektrik untuk bulan Mac 2020 dan April 2020, diskaun akan dikira secara prorata berdasarkan penggunaan dalam bulan April 2020.

Macam mana nak kira?

Kali ini, saya ingin mengajak anda untuk kira sendiri bil elektrik semasa iaitu dalam tempoh Mac hingga April.

Lihat contoh bil elektrik semasa saya untuk bulan Mac-April seperti di bawah;

IKLAN

Pengiraan Secara Prorata

Memandangkan diskaun yang diberikan bermula pada 1 April, bil pada bulan Mac tidak layak untuk mendapat potongan tersebut. Ini bermakna saya harus mengira secara prorata.

Berikut beberapa info pada bil yang perlu anda lihat.

  • Tempoh:
    10/03/2020 – 08/04/2020 (30 Hari)
  • Jumlah Kegunaan Sebulan:
    274 kWh
  • Jumlah Kegunaan Sehari:
    274 kWh/30 = 9.13 kW

Mari kita sama-sama kira untuk bulan Mac dahulu kerana bulan ini tidak layak untuk dapat diskaun.

Secara prorata, bil untuk bulan Mac iaitu selama 22 hari berjumlah RM 50.02. Sekarang kita kira untuk bulan April pula iaitu selama 8 hari.

Sekarang kita sudah mengetahui jumlah prorata bil untuk April ialah RM18.23.

Memandangkan jumlah kegunaan dalam lingkungan 201-300 kWh, maka saya layak untuk menerima diskaun 25% pada bulan April. Jimat kan?

IKLAN

25% daripada RM18.23 = RM4.56

Jadi jumlah keseluruhan bil elektrik saya pada bulan Mac-April termasuk diskaun 25% adalah RM 50.09 + (RM18.23 – RM4.56) = RM63.76 .

Harus ingat! Sekiranya bil yang diterima dalam bulan April 2020 hanya meliputi penggunaan sehingga 31 Mac 2020, tiada diskaun yang akan diterima oleh pengguna bagi bil tersebut.

Bil elektrik akan dikira secara anggaran

Untuk bulan Mei hingga September, pengiraannya akan jadi lebih mudah. Kerana saya akan menikmati diskaun penuh 25% untuk jumlah bil yang sama sehingga September.

Nak tahu kenapa? Ini kerana semasa tempoh PKP, operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal ke premis dihentikan. Bil elektrik akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan bulan sebelumnya.

Apabila tempoh PKP berakhir, Pembaca Meter TNB akan mengambil bacaan sebenar di premis seperti biasa dan bil akan diselaraskan apabila bacaan sebenar diperolehi.

Lagi satu, sebelum saya terlupa, jangan lewatkan pembayaran bil tau. TNB akan kenakan caj 1% daripada jumlah penggunaan bulan tu.

Harap membantu!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry