Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

China Tewaskan US! Ini 5 Fakta Menarik ‘Roller Coaster’ Yang Ramai Tak Tahu

by Aphit J.
April 19, 2020
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja mengenai roller coaster, terbayang difikiran mengenai tunggangan yang pasti menguji andrenalin anda. Dengan teknologi yang semakin canggih, semua negara berlumba-lumba untuk mencipta pelbagai jenis tunggangan roller coaster yang berbeza.

Menurut halaman Guinness World Record, terdapat lebih daripada lima kategori untuk roller coaster di serata dunia. Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Jom kita lihat antara rekod dunia bagi roller coaster.

Roller Coaster Terbanyak Di Dunia

via Variety

Mereka yang menggemari roller coaster pasti seronok apabila berada di China. Walaupun banyak yang menganggap Amerika Syarikat menjadi ‘johan’ bagi kategori ini, tetapi secara faktanya China mempunyai bilangan roller coaster yang paling banyak di dunia iaitu sebanyak 824 berbanding US sebanyak 659 dan Jepun menduduki tempat ketiga dengan jumlah 214.

Roller Coaster Terpantas Di Dunia

via Orange Smile

Terletak di Abu Dhabi, UAE, roller coaster terpantas di dunia adalah Formula Rossa, yang boleh mencapai kelajuan sehingga 149.1 mph hanya dalam 4.9 saat. Untuk anda yang sukakan kelajuan seperti kilat, anda boleh ke Ferrari World dan merasai sendiri pengalaman ini.

Gelung Roller Coaster Terbesar Di Dunia

via Yelp

Full Throttle yang terletak di Six Flags Magic Mountain di California, Amerika Syarikat telah memegang rekod sebagai gelung terbesar di dunia. Percaya ataupun tidak, gelung ini berukuran setinggi 127 kaki dan hampir sama dengan Patung Liberty!

Roller Coaster Terpanjang Di Dunia

via Mundo

Steel Dragon 2000 terletak di taman tema Nagashima Spa Land di Jepun. Sejak dibuka pada tahun 2000, ia tetap mengekalkan status rasminya sebagai roller coaster terpanjang di dunia dengan kepanjangan track sepanjang 2479 meter.

Roller Coaster Terbanyak Di Dalam Satu Taman Tema

via Flickr

Sekiranya roller coaster pilihan tunggangan anda ke taman tema, sebaiknya anda perlu mencuba di Six Flags Magic Mountain (USA), di sini merupakan kediaman roller coaster paling banyak di dunia.

Dengan bilangan roller coaster  sebanyak 19 tunggangan, ini menjadikan anda tidak cukup sehari untuk merasai semua roller coaster di sini.

Fuh ini sesuatu yang sangat menarik dan patut ada dalam wishlist anda! Kepada peminat roller coaster, ini masanya untuk anda menerokai pelbagai jenis roller coaster di dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Gelung Roller Coaster Terbesar Di Duniaguinness world recordroller coasterRoller Coaster Terbanyak Di Dalam Satu Taman TemaRoller Coaster Terbanyak Di DuniaRoller Coaster Terpanjang Di DuniaRoller Coaster Terpantas Di Dunia
https://lomp.at/i4w48
Share15Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem