Setelah dua bulan kematian Ashraf Sinclair akibat serangan jantung, pada 18 Februari, adiknya Aishah Jennifer dan Adam Sinclair serta adik ipar Yuna Zarai, memuat naik gambar-gambar yang tidak dapat dilupakan.
Aishah Jennifer
Dalam foto yang dimuat naik oleh Aishah Jennifer, dua anak perempuannya dilihat dalam pelukan abangnya. Mereka bertiga tersenyum ke arah kamera. Aishaf juga menulis pesanan menyentuh kepada arwah.
“Ini genap dua bulan. Tidak ada hari kami melupakanmu. Mereka mengatakan, waktu memulihkan tapi ini masih menyakitkan,” tulis Aishah Jennifer.
Aishah mendakwa dia masih merasa rindu pada abangnya. Dia sering mendengar rakaman suara Ashraf yang tersimpan di Google Drive-nya lagi. Menurut Aishah, ia dapat membantunya mengubat rasa kerinduan.
“Saya mendengarkan lagi rakaman suaramu di Google Drive. Mendengar suaramu membantu saya mengubati luka tetapi kemudian saya menyedari, ada ruang kosong di hati yang tak mungkin terisi lagi sejak pemergiannmy”- luah Aishah.
Adam Sinclair
Di samping itu, Adam Sinclair juga merasakan kerinduan yang sama. Dia juga memuat naik foto lama yang menunjukkan abangnya memeluknya dengan kuat.
“Genap dua bulan setelah kau pergi.. Aku hanya ingin mengucapkan terima kasih atas masa kamu mengendongku. Sekarang aku mencuba sesuatu yang baru. Aku fikir kau akan bangga padaku. Sayang kamu selalu Abang Ash, Al-fatihah,”- tulis Adam.
Yuna Zarai
Tidak ketinggalan, isteri kepada Adam, Yuna Zarai juga memuat naik gambar-gambar kenangan arwah berkunjung ke Los Angelos buat kali terakhir.
https://www.instagram.com/p/B_HkzAXh1wR/
“Kami masih tidak percaya anda sudah tiada. Saya melihat gambar-gambar ini dan saya tidak percaya bahawa kami diberi peluang untuk berkumpul dengan anda di New York, buat kali terakhir”
“Ash, Adam sangat merindui kamu !! Anda merupakan idola yang hebat & teladan bagi semua. Anda sangat hebat sebagai anak, abang, suami kepada Bunga, dan Ayah kepada Noah”
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.