Baru-baru ini hangat memperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang dikecam di media sosial gara-gara menjual topeng muka yang tidak berkualiti. Malah video rakaman demonstrasi nya kononnya menunjukkan topeng tersebut kalis air turut tular sehingga menjadi paparan media antarabangsa.

Tak Sangka Akan Bocor

Susulan daripada itu, Aliff menerusi laman Instagram nya tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut. Jelas pelantun Bobo Di Mana Ini, pada mulanya dia tidak menyangka bahawa topeng yang bakal dijualnya itu akan bocor selepas dicurahkan air seperti mana yang kelihatan dalam video secara lansungnya baru-baru ini.

Tidak Jadi Jual 

Kongsinya lagi, dia belum berkesempatan untuk menjual topeng muka yang berharga RM25 itu dan ianya dibuat berdasarkan tempahan awal. Malah selepas apa yang terjadi, Aliff telah memutuskan untuk tidak menjual topeng muka berkenaan selain turut memohon maaf kepada orang ramai atas apa yang berlaku.

View this post on Instagram

Assalamualaikum wbt, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya. Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan 1mask pun x terjual- – Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali . Semoga perkongsian yang saya sharekan pada video ini dapat menjelaskan pada situasi yang sebenar. – – Saya memohon kepada masyarakat semua untuk menghentikan mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. – – Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali…Untuk mengetahi lebih lanjut lagi perkara yang sebenar malam ini abang akan posting dekat YouTube abang mengenai masalah ini 08:00 malam ini jangan lupa tengok

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dalam masa yang sama, dia turut berharap agar netizen berhenti mencari kesalahannya kerana sebagai manusia biasa dia akui tidak lari daripada melakukan kesalahan. Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan usahawan itu yang mengaku akan kesalahannya selain memohon agar dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry