Sehingga lebih 18 ribu perkongsian di laman Twitter! Itulah pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna laman media sosial itu yang dikenali sebagai @rajamohdfaiz mengenai keperibadian Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ramai tidak tahu.

Rakan Sekelas Tengku Hassanal 

Menurut Raja, dia pernah menjadi rakan sekelas Tengku Hassanal sewaktu bersekolah di SK St Thomas, Kuantan Pahang semasa berumur 7 hingga 9 tahun. Pelbagai kenangan manis bersama Tengku Hassanal dikongsi oleh Raja di laman Twitter nya termasuklah diundang ke Istana bagi meraikan sambutan hari lahir pewaris kerajaan Pahang itu.

Ditolak Tengku Muhammad Ke Dalam Kolam 

Sesuatu yang melucukan telah dicoret oleh Raja yang mana ketika itu, dia telah ditolak oleh adinda Tengku Hassanal, YAM Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah ke dalam sebuah kolam. Raja yang ketika itu tidak membawa sebarang pakaian tambahan,telah dipelawa oleh Tengku Hassanal untuk masuk ke kamarnya dan turut memberikan pakaian miliknya kepada Raja untuk dipakai ketika itu.

Tengku Hassanal Hulurkan Wang 

Bukan itu sahaja, lebih manis Tengku Hassanal pernah hulurkan wang kepadanya untuk membeli tali leher kerana pada ketika itu dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk membeli keperluan tersebut.

IKLAN

Berasa terharu dengan kenangan manis bersama, menurut Raja dia berasa bangga kerana pernah menjadi rakan Tengku Hassanal selain turut memuji keperibadian baginda yang gemar membantu ramai orang.

Dalam kesempatan itu, Raja sempat berkongsi perbualan ringkasnya bersama Tengku Hassanal mengenai kenangan di waktu persekolahan suatu ketika dahulu.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry