Sejak Mac yang lalu, pelbagai spekulasi telah bertiup kencang mengenai kolaborasi kumpulan Blackpink dengan penyanyi Hollywood terkenal, Lady Gaga. Malah, pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment tidak mengesahkan mahupun menafikan kolaborasi tersebut.

Lady Gaga Berduet Bersama Blackpink Menerusi Lagu Sour Candy 

Terbaru,khabar berita yang cukup menggembirakan buat peminat Blackpink dan Lady Gaga kerana kolaborasi tersebut dikatakan sahih selepas Lady Gaga memberi petunjuk mengenai senarai lagu-lagu terbaharunya menerusi album Chromatica.

IKLAN

Dalam album tersebut, kelihatan tajuk single duet mereka itu dinamakan sebagai Sour Candy. Susulan daripada itu, YG Entertainment akhirnya mengesahkan mengenai kolaborasi dua nama besar dalam industri hiburan kini.

“Blackpink dan Lady Gaga, kedua-duanya saling meminati dan mendengar lagu mereka antara satu sama lain sehingga terjadinya kolaborasi ini” kata YG Entertainment menerusi satu kenyataan

Chromatica Ditunda

Biarpun begitu,album Chromatica seperti yang dimaklumkan oleh Lady Gaga terpaksa ditunda tarikh pelancarannya ekoran penularan wabak pandemik COVID-19. Sebelum ini,pelancaran Chromatica dijadualkan pada 10 April namun ditunda ke satu tarikh yang belum disahkan oleh pihak Lady Gaga sehingga ke hari ini.

Sebagai info, ini merupakan kolaborasi kedua Blackpink bersama penyanyi Hollywood selepas muncul debut bersama Dua Lipa menerusi single Kiss and Make Up.