Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Wira Di Hati, Syamel Cipta Lagu Khas Buat ‘Frontliners’

by Khai Azfar
April 23, 2020
Share on Facebook

Selepas muncul dengan single ‘Curang’, penyanyi dan pencipta lagu berbakat Syamel muncul dengan sebuah lagi lagu istimewa sebagai tanda penghargaan untuk para pekerja barisan hadapan atau ‘frontliners’ yang berkorban demi rakyat dalam menangani wabak COVID-19.

Ciptaan Sepenuhnya Syamel 

Menariknya, lagu yang berjudul ‘Wira di Hati’ ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syamel sendiri dan diterbitkan oleh Zimi Sofarz.

Menurut Syamel, lagu ini cukup bermakna kerana turut ditampilkan bersama adalah himpunan-himpunan ucapan daripada pihaknya dan rakyat Malaysia buat para frontliners.

“Wira di hati’, merupakan penghargaan buat pihak barisan hadapan (frontliners) kita yang bertungkus lumus, menggadai tenaga dan nyawa untuk menyelamatkan kami, rakyat Malaysia semasa wabak Covid-19. Lagu ini membawa satu penyampaian yang sangat besar, dari kami, buat barisan hadapan di luar sana.

Selain itu, lagu ini juga turut memaparkan ucapan penghargaan dari kami, rakyat Malaysia dan juga ucapan daripada barisan hadapan sendiri.” kata Syamel menerusi edaran media

Bagi Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records iaitu Feros pula berharap agar lagu ini dapat menambat hati pendengar apatah lagi pada bulan Ramadan yang akan bermula pada Jumaat ini di seluruh dunia.

”Lagu Ini merupakan lagu yang sesuai untuk menghargai pengorbanan para frontliners dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati para pendengar radio yang bakal menjalani ibadah puasa .”

Lagu ‘Wira Di hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Error happened.
Perancangan Sejak 3 Tahun Lalu! Empat Live in Kuala Lumpur 2025: Konsert Bersejarah Empat Vokal Unggul Negara
syamel
https://lomp.at/osl5m
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara