Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

5 Selebriti Ini Jadi Pilihan Habib Untuk Menyambut Kedatangan Syawal

by Phic ARMAN
April 23, 2020
Share on Facebook

Kaum Hawa sudah sinonim dengan minat bergaya dan berhias terutamanya pada Hari Raya. Di hari istimewa inilah kaum hawa akan menyarung busana indah serta menata rias wajah agar kelihatan berseri. Namun tidak dilupakan pilihan aksesori juga menjadi keutamaan dalam memastikan mereka kelihatan bergaya dan menyempurnakan lagi penampilan mereka.

Oleh itu, tahun ini Habib menampilkan pelbagai koleksi baharu yang menarik untuk membantu para wanita melengkapkan hari lebaran mereka.

Kempen Rantaian Kasih

Habib memilih ‘tradisi’ sebagai tema untuk meraikan kempen Rantaian Kasih dalam menyambut kedatangan Syawal. Bagi pengeluar barangan kemas terkenal ini, tradisi melambangkan asal usul dan kepercayaan bukan hanya kepada sesebuah masyarakat tetapi juga kepada sesebuah keluarga dan individu.

Tradisi pada hari raya mungkin sama dan mungkin juga berbeza antara sesebuah keluarga dengan yang lain namun tradisi itulah yang Habib percaya telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sejak dahulu lagi..

5 Selebriti Ini Jadi Pilihan Habib Untuk Menyambut Kedatangan Syawal

Pada tahun ini barisan wajah-wajah selebriti yang menghiasi bilik-bilik pameran Habib ialah Rozita Che Wan, Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana, Ramona Zamzam dan Hannah Delisha.

Selebriti-selebriti ini dipilih untuk menghiasi kempen raya Habib pada tahun ini kerana mereka tidak hanya menggemari barangan kemas tetapi juga merupakan pelanggan Habib sendiri.

Topik Berkaitan Zain Saidin Dedah Pernah Masuk Gaza -“Rasa Seperti Ke Mekah, Tapi Bunyi Dron & Bom Sentiasa Menghantui”

Tidak dilupakan mereka semua berkongsi tradisi raya yang indah di mana ianya bertepatan dengan tema kempen raya Habib.

Setiap tahun, para pelanggan sentiasa menantikan pilihan koleksi raya yang pelbagai untuk seisi keluarga. Istimewanya pada tahun ini, Habib menampilkan koleksi-koleksi untuk semua lapis usia. Koleksi Oro Italia 916 yang dibawa khas dari Itali dengan menggunakan teknologi ‘ice cutting’ dan ‘laser soldering’ datang dalam rekaan yang berbeza.

Rekaan-rekaan dari koleksi ini menggabungkan pelbagai warna emas dalam satu rekaan seperti gabungan pelbagai warna emas daripada emas kuning, emas putih, emas merah jambu dan emas hitam.

Selain itu, Koleksi Aura menampilkan rekaan-rekaan yang bersesuaian untuk wanita yang berhijab mahupun mereka yang gemar memakai rantai panjang. Tidak ketinggalan koleksi untuk kaum Adam, set butang Baju Melayu dan koleksi cincin lelaki yang disemat dengan butiran berlian serta batu permata pastinya sesuai dipadankan dengan Baju Melayu mereka.

Habib menganjurkan beberapa peraduan

Sepanjang Kempen Rantaian Kasih, Habib menganjurkan beberapa peraduan seperti “Kongsikan tradisi Raya anda” dan gunakan #HabibRayaTradisi untuk berpeluang memenangi barangan kemas Habib bernilai RM 10,000! Selain itu, Habib menerima banyak penyertaan daripada orang ramai melalui peraduan mingguan yang dijalankan di media sosial. Dua pemenang akan dipilih untuk setiap peraduan.

Sebaik sahaja PKP berakhir, Habib mengalu-alukan kunjungan para pelanggan ke semua bilik pameran. Bagi memastikan keselamatan para pelanggan mengikut piawaian yang ditetapkan dan akan memerhatikan jarak sosial diamalkan, menyediakan topeng muka kepada pelanggan, suhu badan diperiksa di pintu masuk dan menyahkuman premis.

Topik Berkaitan [VIDEO] Che Ta Membebel Aaisyah Melaram Tengah Malam- "Nak Pi Mana Hang Ni"

Habib memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa barangan kemas dibersihkan selepas setiap kali sentuhan. Selain itu, mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penilaian dan pencucian barangan kemas, pembelian semula, perundingan dan pengubahsuaian barangan kemas di premis Habib.

Kempen Rantaian Kasih bermula dari 24 April sehingga 22 Jun 2020.

Untuk lebih lanjut anda boleh laman social Facebook Habib atau Instagram @Habibjewelsofficial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aaisyah dhia ranaHabibhannah delishahari rayaKempen Rantaian KasihRamona Zam ZamRamona Zamzam dan Hannah Delisha.rozita che wanzain saidin
Share7Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Foto - PUMA
Fesyen

Rosé & PUMA Bergabung Tenaga, Lancar Speedcat Mule Baharu Yang Sangat Chic!

by Nurul A.
June 23, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé tampil bergabung tenaga dengan PUMA, memperkenalkan Speedcat Mule. Kolaborasi ini merupakan evolusi luar biasa yang menggabungkan...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    [VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara